Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah bagi Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia anjuran Huawei yang bertempat di The Raw Studio oleh Metal Bees
Acara tersebut meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensa,
mengiktiraf pemenang-pemenang dengan hadiah-hadiah yang dinantikan seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5. Sambutan yang
menggalakkan terhadap peraduan ini mempamerkan komitmen Huawei untuk memupuk
kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.
Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia, yang berlangsung dari Mei
hingga Jun, berjaya menarik seramai 4,100 peserta dari seluruh Malaysia,
menyediakan platform yang menarik bagi para profesional dan penggemar fotografi
dan videografi mobil untuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi
mereka yang unik. Para peserta dijemput untuk merakam keindahan Malaysia yang
mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei, membolehkan mereka
mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan
alam yang unik dan detik budaya yang meriah.
Encik Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG) menyatakan,
Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan tetapi juga menyatukan para jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbangkan penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei.
Dilancarkan pada 2022,
jenama XMAGE memberi tumpuan kepada
sistem optikal, struktur mekanikal, teknologi imbasan dan pemprosesan imej
dalam bidang fotografi. Keempat-empat asas XMAGE
kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang
tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera
Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro
Telefoto Ultra Lightning Kamera, menghasilkan imej yang mengagumkan siang
dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan
sebelum ini.
Dengan sokongan teknologi XMAGE,
Huawei terus memperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untuk merakam
keindahan landskap dan detik budaya Malaysia. Dalam pandangan ke hadapan,
Huawei tetap berkomitmen untuk memupuk kreativiti dan memajukan fotografi
melalui teknologi inovatif. Masa depan menjanjikan harapan besar bagi komuniti
fotografi, kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan
memberi inspirasi kepada juru gambar untuk menjelajahi alaf baru.
Untuk maklumat lanjut
tentang kempen Huawei yang akan datang, sila lawati Laman Web Rasmi HUAWEI,
laman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.
0 Comments