PENANTIAN 20 TAHUN, TYZO CIPTA SEJARAH MENANG ANUGERAH PENYAMPAI RADIO POPULAR ABPBH KE- 35

Penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander atau lebih dikenali sebagai Tyzo telah mencipta sejarah apabila berjaya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 yang berlangsung pada 21 Julai 2023 (Jumaat) lalu.


PENANTIAN 20 TAHUN, TYZO CIPTA SEJARAH MENANG ANUGERAH PENYAMPAI RADIO POPULAR ABPBH KE- 35

Menurut penyampai radio yang popular menerusi segmen Suria Petang gandingan hebat bersama Rara, beliau sangat terkejut di samping meluahkan rasa syukur atas anugerah yang diterima selepas 20 tahun berkecimpung dalam industri radio tanah air.

 

Anugerah yang diterima ini sangat besar maknanya dalam kamus perjalanan karier saya sebagai seorang Penyampai Radio. Saya sangat bersyukur kerana ini merupakan kali pertama saya menggenggam trofi Penyampai Radio Popular selepas 20 tahun berada dalam industri ini. Setelah pelbagai suka duka yang saya lalui sepanjang menjadi anak seni, akhirnya saya berpeluang merasai pengalaman indah di pentas anugerah berprestij seperti ABPBH dan saya sangat berbesar hati.

 

Tambah Tyzo, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang sentiasa mendengarkan beliau bersama gandingannya, Rara di segmen Suria Petang dan menghargai kerja serta bakatnya selama ini.

 

Kemenangan ini adalah hadiah buat peminat dan pendengar Suria FM khususnya bagi segmen Suria Petang. Saya percaya ramai pendengar yang menyukai gandingan kami berdua dan dengan kejayaan ini, saya akan lebih berusaha memberikan yang terbaik kepada para pendengar. Juga tidak dilupakan, terima kasih kepada ahli keluarga, adik-beradik dan keluarga saya di Suria FM yang sentiasa memberikan sokongan, sememangnya jasa kalian tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan media, seluruh warga kerja dan barisan pemenang.

 

Menerusi temubual eksklusif beliau bersama Morning Morning Suria pada 24 Julai 2023 (Isnin), beliau turut meluahkan rasa sedih apabila arwah ibunda tercinta, Allahyarham Hasnah Shaari tidak berpeluang melihat kejayaan beliau menggenggam trofi Penyampai Radio Popular ke-35. Ujarnya, arwah sentiasa mendengarkan beliau ketika ke udara dan tidak pernah berhenti menyuntik semangatnya untuk terus berkarya.

 

Dengarkan Suria Petang setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 3.00 petang hingga 7.00 malam di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia dan saluran youtube Suria TV. Juga ikuti media sosial @tyzoxander untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Tyzo.


PENANTIAN 20 TAHUN, TYZO CIPTA SEJARAH MENANG ANUGERAH PENYAMPAI RADIO POPULAR ABPBH KE- 35

Juga jangan lepaskan peluang tonton temubual eksklusif Tyzo bersama Pak Abu menerusi program ‘Balkoni Pak Abu’ di seluruh platform digital Suria Malaysia pada 24 Julai 2023 (Isnin).

 

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: 

Instagram: suriamalaysia 

Facebook: @SuriaMalaysia 

TikTok: @suriamalaysia 

 Youtube: SuriaTV 

Twitter: @suria_malaysia

 

 


Post a Comment

0 Comments