LIRIK LAGU SEJUTA KATA NYANYIAN HAZRUL NIZAM DAN DIANA NAZYRA

Bertempat di Royal Chulan The Curve semalam, berlangsung Sidang Media bagi perasmian single terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra iaitu penyanyi dari Singapura.




Single terbaru yang bertajuk Sejuta Kata ini adalah nyanyian duet dua sahabat baik sejak zaman sekolah iaitu Hazrul Nizam yang dikenali kerana program Gegar Vaganza musim ke-9 dan juga sahabat baik beliau iaitu Diana Nazyra. 


Menurut Hazrul dan Diana, telah lama mereka merancang untuk berduet dan mengeluarkan single namun atas kerana kekangan masa masing-masing akhirnya tertangguh sehingga 15 tahun. Namun atas keazaman yang kuat akhirnya pada 23 Mei 2023 yang lepas mereka berjaya juga mengeluarkan single mereka.


LIRIK LAGU SEJUTA KATA NYANYIAN HAZRUL NIZAM DAN DIANA NAZYRA

Bagi menembusi pasaran Malaysia dengan lancar, dua sahabat ini memilih untuk bekerjasama dengan penggubah lagu tempatan, dan ini menemukan mereka dengan Hazama dan Omar K, dua nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. 


Lagu duet terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra ini menceritakan kisah cinta yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata. Meski ada halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari bahagia yang bakal tiba. 


SEJUTA KATA telah dilancarkan pada 23 Mei yang lalu di semua pelantar penstriman digital dan video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents.



LIRIK LAGU SEJUTA KATA NYANYIAN HAZRUL NIZAM DAN DIANA NAZYRA


Tajuk Lagu : SEJUTA KATA

Penyanyi : Hazrul Nizam & Diana Nazyra

Composition & Lyrics : Hazama & Omar K

Distribution : Alternate Records Sdn. Bhd.

Penaja Utama : Hilwah Maid Agency Pte Ltd

Pengurusan : Hilwah Brown


Biarpun ku tulis sejuta

Kata-kata terindah

Masih tak mampu menggambarkan

Perasaan di jiwa

 

Ingin ku luahkan yang

Tersembunyi

Nadiku berdenyut laju

Memanggil mu

Setiap detik

 

Sayang, andai kita bersatu

Cinta ku kekal untukmu

Setia sepanjang waktu

 

Oh sayang, bagaikan kita di awang-awangan

Ku berharap kau di sisi

Bersama hati yang telah

Kau kunci

 

Kau hadir bagai bidadari

Tika hidup ku resah

Dari doa di malam hari

Terbitnya mimpi indah

 

Dari celah gelita

Bercahaya

Tiada yang ku bayangkan

Selain mu

Teman hidupku

 

Dan walau jalan

Belum bersehaluan

Akan ku nantikan

Sehingga kau dan aku

Akan ditemukan



Post a Comment

0 Comments