DODO DIM SUM & STEAMBOAT HIDANG PELBAGAI MENU DIM SUM DAN STEAMBOAT HALAL

Aku ada berita baik bagi peminat dim sum dan steamboat terutama yang berada sekitar Shah Alam! 

Kini anda boleh nikmati dim sum dan steamboat halal sepuasnya di Dodo Dim Sum & Steamboat yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. 


Aku baru je menikmati makanan di sini pada Jumaat lepas. Memang berbaloi sangat sebab makanan di sini semuanya sedap belaka pada tekak aku.

Bagi peminat dim sum, aku rasa inilah syurganya buat kalian kerana di sini terdapat pelbagai jenis dim sum termasuk yang berkukus atau yang di goreng.

Untuk dim sum kukus mereka menghidangkan Siew Mai, Har Gow, Chicken Kerabu, Salted Egg Custard Bun, Spicy Chicken Feet, Panda Red Bean dan Cheong Fun Prawn.


Manakala untuk peminat dim sum goreng anda boleh mencuba Mayonnaise Prawn, Crispy Prawn Beancurd dan Radish Cake Dodo Style.

Ha..banyak kan?! Tu baru cerita bab dim sum, belum lagi cerita menu-menu lain seperti pilihan mee berkuah. Di sini mereka turut menghidangkan Tom Yam dan Khao Soi iaitu kari dari utara Thai yang rasanya pedas manis.

Bagi yang nak makan yang lebih ringan boleh order salad mereka iaitu Yum Woon Sen, glass noodle dengan rasa masam manis pedas yang dihidang bersama udang dan hirisan ayam.

Atau boleh juga mencuba hidangan snek mereka Larb Tod iaitu bebola daging atau ayam goreng yang dihidangkan bersama homemade spicy sauce yang lazat. 


Hidangan lain yang anda boleh cuba ialah Nasi Goreng Khao Pad Tom Yum, Pad Thai, Salted Egg Prawn dan Pad Med Mamuang (beef)

Oh ya! Di sini juga ada hidangan Kari  Hijau Thai Kang Keow Waan juga bagi peminat ikan boleh mencuba Deep fried whole sea bass with spicy sweet Thai bean sauce dan Deep fried sea bass with spicy and sour Thai chili garlic and lime sauce. Aku dah cuba kesemua ni dan memang umphhh rasa dia!

Dah namanya kedai ni Dodo Dim Sum & Steamboat dah pastilah anda turut wajib mencuba steamboat di sini. 

Anda boleh memilih kuah kegemaran anda dan padankan dengan aneka lauk pauk dan pelbagai pilihan untuk steamboat yang buatkan anda teringat-ingat keenakkannya.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom la merasai sendiri keenakan masakan di Dodo Dim Sum & Steamboat yang beralamat di ;
11-G, Pusat Perniagaan D'Bayu,
Jalan Serambi U8/24,
Bukit Jelutong, 40150,
Shah Alam, Selangor

Untuk maklumat lebih lanjut boleh ikuti mereka di laman media sosial ;

Instagram : dododimsumbowls
@bebelancikmin Peminat dimsum dan steamboat boleh la terjah ke Dodo Dim Sum & Steamboat yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kat sini ada macam2 jenis dim sum. Bukan tu je..macam2 lagi makanan g boleh order kat sini. Pendek kata sesuai la untuk seisi keluarga dari yang kecik sampai la yang dewasa..semuanya ada yang sesuai untuk tekak masing2 😁. Waktu operasi : dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam #dododimsumandsteamboat #dododimsum #dododimsumbowls #foodfestontiktok #foodfest #foodie #bebelancikmin #bebelancikminfoodhunter #CapCut ♬ original sound - Bebelan Cik Min

Post a Comment

3 Comments

  1. Wahhhh. Syurgaa dim sum! best nii

    ReplyDelete
  2. Saya sekeluarga hantu dim sum!
    Terima kasih kongsi info. Nanti kalau balik Selangor, bolehlah singgah sini.

    ReplyDelete