PROMOSI BILIK 2 HARI 1 MALAM BESERTA SARAPAN PAGI DAN MAKAN MALAM BUFET DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU

Bagi pembaca blog aku pasti anda perasan yang aku pernah berkongsi cerita tentang GBW Hotel Johor Bahru. Dahulunya dikenali sebagai Grand BlueWave Hotel Johor Bahru, GBW Hotel adalah antara hotel yang sudah lama bertapak di Johor Bahru.



Mempunyai 7 jenis bilik penginapan, GBW Hotel Johor Bahru adalah sebuah hotel yang sangat sesuai untuk diinap jika anda berkunjung ke Johor Bahru tak kira atas urusan kerja atau untuk percutian keluarga. Jenis-jenis bilik yang ada di GBW Hotel adalah seperti berikut;

1.      Deluxe Queen Room

Saiz: 33.5 meter persegi.

 

Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa

 

Dilengkapi dengan perabot seperti bar mini penuh, meja tulis dan katil Queen yang indah.

 

2.      Deluxe Twin Room

Saiz: 33.5 meter persegi.

 

Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa

 

Ruang tamu yang ideal untuk pengembara, dengan kemudahan seperti meja tulis dan bar mini penuh, bilik ini direka untuk memastikan segala keperluan pelanggan dipenuhi

 

3.      Studio Twin Room

Saiz: 49.97 meter persegi.

 

Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa

 

Dengan kemudahan tambahan seperti dapur kecil dan ruang makan.

 

4.      Studio Room Queen

Saiz: 49.97 meter persegi.

 

Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa

 

Bilik yang luas ini direka bentuk dengan katil bersaiz Queen, tab mandi, dapur kecil dan ruang makan, bilik studio ini juga sesuai untuk keluarga kecil yang mencari keselesaan di rumah.

 

5.      Executive King/Queen Room

Saiz: 77 meter persegi.

 

Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa

 

Bilik Executive Queen direka khas untuk memastikan tetamu boleh menikmati ruang yang luas dan berfungsi semasa penginapan mereka.

 

6.      Executive Twin Room

Saiz: 77 meter persegi.

 

Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa

 

Bilik Executive Twin menunjukkan perhatian GBW Hotel terhadap perincian melalui kemudahan unik yang dikhaskan untuk salah satu bilik yang paling luas. Para tetamu akan dapat menikmati kemewahan di dalam bilik yang mempunyai keluasan yang akan menjadikan penginapan mereka lebih istimewa dengan penambahan ruang duduk.

 

7.      Premier Room

Saiz: 66.3 meter persegi.

 

Kapasiti: Maksimum 2 orang dewasa

 

Bilik Premier benar-benar peluang untuk berehat mewah. Dilengkapi dengan segala keperluan yang diperlukan oleh pelanggan.

 



Fasiliti Lain Yang Ada di GBW Johor Bahru


  • D’ Mezzanine Coffee House and Chill Lounge
  • Business center, conference rooms, ballroom
  • Gymnasium
  • Outdoor swimming pool
  • Convenient Store
  • Wi-Fi Internet access in all F&B outlets
  • Room Services
  • Free Shuttle


Hotel Review | GBW Hotel Johor Bahru


Promosi Bilik 2 Hari 1 Malam Beserta Sarapan Pagi dan Makan Malam Bufet 


Bermula 1 Jun 2023 sehingga 30 September 2023, GBW Hotel Johor Bahru telah mengadakan promosi yang sangat berbaloi. Promosi ini adalah termasuk ;

  • Penginapan 2 hari 1 malam di Deluxe Room 
  • Sarapan untuk 2 orang
  • Makan malam bufet untuk 2 orang
Dan harga yang ditawarkan hanya RM220/nett!! Satu tawaran harga yang sangat berbaloi untuk anda rebut


Makan Malam Bufet


Seperti yang dijelaskan di atas tadi. Jika anda menginap di sini dan memilih untuk menginap di Deluxe Room selama 2 hari 1 Malam, anda akan mendapat promosi RM220nett termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dan makan malam bufet untuk 2 orang.

Namun begitu, jika anda hanya inginkan makan malam bufet anda berpeluang untuk menikmati makan malam bufet di GBW Hotel hanya pada harga ;

Dewasa : RM43 nett
Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM25 nett

Namun begitu, makan malam bufet ini hanya tersedia pada setiap hari Khamis hingga Sabtu bermula 6.30 petang hingga 9.30 malam.


Terdapat pelbagai hidangan enak yang disediakan di sini termasuk live cooking stall. Jika anda menjamu makan malam di sini jangan lupa untuk mncuba nasi goreng yang dimasak secara langsung oleh Chef. Memang sedap sangat nasi goreng tu!


Hi-Tea Serendah RM35


Di GBW Hotel Johor Bahru juga terdapat Hi-Tea serendah RM35! Wah..murah berbaloi sangat ni!

Jika ke GBW Hotel Johor Bahru, anda boleh mencuba Hi-Tea yang disediakan di Chill Lounge. Terdapat 2 jenis Hi-Tea yang anda boleh cuba iaitu ;

  1. RM35 nett (untuk 2 orang)
  2. RM45 nett (untuk 2 orang)
Selain itu anda boleh menambah menu lain seperti Shanghai Dumpling, Crabmeat Springroll, Nasi Goreng Kampung, Spagheti Bolognese, Rojak Buah with Kuah Petis dan Durian Goreng.

Pendek kata sangat berbaloi untuk menikmati Hi-Tea di GBW Hotel pada harga yang sangat murah.


Tarikan Berdekatan

GBW Johor Bahru terletak tidak jauh dari mercu tanda berikut:

 

  • Membeli-belah, Kompleks pejabat (City Square, JBCC, Galleria @Kotaraya dan Mid Valley)
  • Kompleks CIQ & Pusat Beli-belah R&F – boleh diakses melalui jambatan atas pejalan kaki
  • Jalan Budaya Johor Bahru & Bazar Karat
  • Istana Besar dan Muzium Diraja
  • Bangunan Sultan Ibrahim
  • Masjid Sultan Abu Bakar
  • Galeri Seni Johor
  • Dataran Bandaraya
  • Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman
  • Kawasan Pekan Tokong Cina Lama Johor Bahru
  • Istana Bukit Serene Jalan Skudai
  • Perkhidmatan Ulang-alik


Hotel Review | GBW Johor Bahru


GBW Johor Bahru turut menyediakan perkhidmatan shuttle khas buat pelanggan mereka. Titik drop-off termasuk:

 

  • R&F Shopping Mall hanya bertentangan dengan hotel - 5 minit jauhnya
  • Mid Valley Shopping Mall Johor - 10 minit jauhnya

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai GBW Hotel Johor Bahru boleh layari ;

Tel : +607 2216666

Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel  review https://t.me/hotelreviewbymin

Post a Comment

1 Comments

  1. alhamdulillah rezeki jumpa cik min adn the gang kat sini kan hehehe

    ReplyDelete