Semalam aku berkesempatan berkunjung ke Galeri DXN yang terletak di Cyberjaya. DXN sebenarnya bukanlah jenama baru yang ada di pasaran, malahan wujud sejak tahun 1993 lagi. Aku pasti ada diantara pembaca blog aku ni yang familiar dengan jenama DXN.
DXN diasaskan oleh Datuk Lim Siow Jin, seorang graduan dari
Institut Teknologi India yang berprestij. Datuk Lim memulakan perniagaan dalam
usaha mencari manfaat cendawan terhadap kesihatan manusia. Minat yang mendalam
dan usaha yang tidak berkesudahan mendorongnya untuk menggunakan sepenuhnya
potensi Ganoderma atau Lingzhi, yang terkenal sebagai Raja Herba, untuk
kesihatan dan kekayaan manusia, dengan penubuhan DXN pada 1993.
Aktiviti perniagaan teras DXN termasuk penanaman, pembuatan
dan pemasaran makanan tambahan kesihatan. Berpangkalan di Malaysia dengan
operasi di seluruh dunia, syarikat itu terkenal dengan perniagaan Ganodermanya.
Barisan produknya termasuk makanan tambahan, makanan dan minuman, produk
penjagaan diri, penjagaan kulit dan kosmetik, produk isi rumah dan sistem
rawatan air. Sejak penubuhannya pada tahun 1993, DXN telah mempertahankan
konsepnya 'Satu Naga Satu Dunia Satu Pasaran dan Satu Minda'. Dengan konsep
berkuasa ini, DXN telah menempuh pertumbuhan berterusan selama ini. Pada 30
September 2003, DXN Holdings Bhd telah disenaraikan di Papan Utama Bursa
Malaysia. DXN telah dinyahsenarai pada 27 Disember 2011 kerana tawaran pengambilalihan
oleh pengasas.
Mengunjungi sendiri Galeri DXN telah membuka mata aku betapa sebenarnya DXN ini sangat berjaya dan mendapat sambutan ramai di seluruh dunia. Galeri DXN sendiri pada aku adalah sebuat galeri mewah dengan paparan yang moden dan berteknologi tinggi.
DXN Ubah Hidup Seorang Tukang Kebun
Bagi saya usaha dan kesungguhan penting. Saya tidak pernah bermimpi untuk berasa selesa dalam hidup di usia sebegini.Allah Maha Baik, kalau kita rajin dan pandai cari peluang kita pasti akan dapat dan dipermudahkan urusan,
katanya.
DXN menjadi detik pemula buatnya mendapat laluan hidup yang
lebih baik sekitar tahun 1996 meskipun pada awalnya tidak mendapat sambutan.
Dia berkata, sokongan dingin pada awalnya mula berubah
apabila dia mempersiapkan diri dengan produk DXN yang dijual.
Alhamdulillah masalah gout serius dan kencing manis yang serius sejak tahun 1989 semakin baik.Bila kita sendiri bebas dari penyakit itu menjadi testimoni terbaik apabila saya amalkan dua produk utama RG dan GL,
katanya.
Malah, tahun 2000 permulaan memberikan suasana baru dalam hidup Tajudin din yang layak ke Australia serta mula dijemput berkongsi pengalaman di pentas antarabangsa.Dia mula bercakap di hadapan lebih 3,000 orang mengenai produk meskipun tidak lancar berbahasa Inggeris.
Sedikit Mengenai Produk DXN
Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut
Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa. Secara umumnya,
terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati
memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai
keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri. Menurut masyarakat China,
Ganoderma berupaya memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu cergas dan
awet muda. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan
kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali sebagai Herba Yang Ajaib.
Kajian-kajian klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma
berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:
- Sistem
kulit
- Sistem
saraf
- Sistem
jantung
- Sistem
mata
- Sistem
Ginjal / buah pinggang
- Sistem
pernafasan
- Sistem
aliran darah
Dari kajian-kajian yang dijalankan juga, didapati bahawa
Ganoderma mempunyai potensi untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai
penyakit kronik meliputi:
- Kanser
- Tekanan
Darah Tinggi
- Hepatitis
- Kencing
Manis (Diabetes)
- HIV
& AIDS
- Alahan
Produk-produk keluaran DXN terbahagi kepada 4 iaitu ;
- Health and Dietary Supplement
- Food and Beverages
- Personal Care and Cosmetics
- Others
0 Comments