Memiliki kulit yang sihat, cerah dan berseri adalah impian setiap wanita. Memahami impian setiap wanita di dunia, Cetaphil pakar kulit sensitif terkemuka dengan warisan selama lebih 75 tahun yang telah diuji oleh pakar dermatologi memperkenalkan dua lagi produk tambahan dalam rangkaian Bright Healthy Radiance.
Berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Dua Produk Tambahan Dalam Rangkaian Bright Healthy Radiance baru-baru ini, kami telah diperkenalkan kepada produk terbaru mereka iaitu Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dengan 7x kelebihan dan satu-satunya pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama, iaitu Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser.
Sekitar Majlis Pelancaran Dua Produk Tambahan Dalam Rangkaian Bright Healthy Radiance
Majlis Pelancaran Dua Produk Tambahan Dalam Rangkaian Bright Healthy Radiance Dengan kerjasama Watsons, “Cetaphil Bright Healthy Radiance Power of 7 Concourse” telah berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid dan turut dihadiri oleh Elfira Loy (selebriti), Agnes Chan (Brand Manager, Galderma Malaysia), Dr. Liyana (Dermatalogis) sebagai Panel Diskusi yang membincangkan tentang kebaikan produk Cetaphil Bright Healthy Radiance.
Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan betapa pentingnya penyelidikan saintifik dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh individu yang berkulit sensitif.
Ramai orang dengan kulit sensitif sukar mendapatkan produk yang sesuai untuk mencerahkan kulit dan memperbaik tona kulit tidak sekata mereka tanpa mengakibatkan keradangan. Kami faham bahawa kulit sensitif adalah berbeza dan memerlukan perhatian yang lebih untuk merawat bintik gelap. Oleh sebab itu, kami menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit yang menyeluruh untuk menanganinya menerusi kerjasama dengan pakar terkenal dan profesional penjagaan kesihatan untuk membangunkan rumusan berkesan bagi pengguna penjagaan kulit kami,
katanya.
Cindy Tiu seterusnya menyatakan komitmen Galderma yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kategori dermatologi sejati yang memacu inovasi dalam bidang ini.
Reputasi Galderma dibina atas faktor kepelbagaian, inovatif, dan portfolio berasaskan sains bagi jenama serta perkhidmatan yang premium dan terunggul. Memahami hakikat bahawa kulit boleh mempengaruhi kualiti hidup kita, usaha untuk memajukan bidang dermatologi bagi kisah kulit setiap individu menjadi strategi bagi perniagaan teras kami. Sejajar dengan kedudukan Cetaphil sebagai jenama terkemuka untuk kulit sensitif dengan warisan lebih 75 tahun, kami amat berbangga kerana berada di barisan hadapan dalam inovasi dermatologi. Pelancaran dua produk baharu dalam rangkaian pencerahan Cetaphil ini mencerminkan dedikasi kami yang berterusan untuk menyediakan teknologi kulit termaju bagi semua lapisan masyarakat,
tambahnya.
Cetaphil Perkenalkan Dua Produk Tambahan Dalam Rangkaian Bright Healthy Radiance
Bright Healthy Radiance Perfecting Serum
- Mengurangkan bintik hitam
- Meratakan tona kulit
- Memperbaiki garis halus
- Meningkatkan keserian wajah
- Mencerahkan kulit
- Meningkatkan penghidratan kulit
Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser
Mengenai CETAPHIL®
Tujuh puluh lima tahun yang lalu, seorang ahli farmasi mencipta produk CETAPHIL pertama bersama seorang pakar dermatologi - formula lembut namun berkuasa membersihkan kulit tanpa menjejaskan dan melembapkan kulit tanpa kulit tersumbat. Kini, CETAPHIL adalah jenama penjagaan kulit dermatologi #1 di Malaysia dan diiktiraf oleh profesional penjagaan kesihatan sedunia. Dengan bantuan pakar kulit global terkemuka, mereka terus membangunkan teknologi penjagaan kulit yang inovatif untuk kulit sensitif yang membantu memulihkan, melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit setiap hari.
*IQVIA Malaysia, Emollients & Protectives Market, MAT Sep 2022 (Value)
**Applies only for the Serum
Mengenai Galderma
Galderma merupakan syarikat dermatologi bebas yang terbesar di dunia dan terdapat di lebih kurang 100 negara. Sejak penubuhan kami pada tahun 1981, kami telah memberi sepenuh dedikasi terhadap dermatologi. Kami mempunyai portfolio inovatif berasaskan sains bagi jenama dan perkhidmatan yang canggih merentasi Estetik, Penjagaan Pengguna dan Perubatan Preskripsi yang memberi fokus kepada keperluan pengguna dan pesakit, kami bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan untuk memastikan hasil terbaik. Kami memahami setiap kulit membentuk setiap kehidupan jadi kami memastikan dermatologi yang terbaik untuk setiap kisah kulit. Untuk maklumat lanjut www.galderma.com
0 Comments