MENU SARAPAN PAGI YANG SIHAT OLEH PUAN SRI NISA BAKRI DAN CHEF DANIEL GREEN

Semalam aku berkesempatan untuk sama-sama menghadiri sebuah program masakan yang bertemakan 'Menu Sihat Tapi Sedap' anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Wiranita. Menariknya, program ini telah dihoskan sendiri oleh Penaung Wiranita iaitu Puan Sri Nisa Bakri dengan penampilan khas Chef yang diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS), Chef Daniel Green.


Program yang telah diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur ini menyaksikan Puan Sri Nisa Bakri beraksi menghidangkan menu Nasi Kerabu manakala Chef Daniel Green pula menghidangkan menu Seafood Omelet With Thai Sauce.




Dua hidangan ini bukan sahaja enak malah kaya dengan pelbagai nutrisi. Nasi Kerabu yang berasal dari negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan keenakan rasa dan kaya dengan pelbagai jenis ulaman yang sudah pastilah penuh berkhasiat namun perlu diambil dengan portion yang betul agar dapat mengekalkan kebaikan dalam setiap hidangan.




Program masakan yang bertemakan 'Menu Sihat Tapi Sedap' ini adalah inisiatif dari Wiranita yang peka dengan permasalahan masyarakat berdepan kos sara hidup yang tinggi dalam menyediakan makanan yang sihat namun sedap dengan harga lebih rendah.



Dua hidangan enak yang disediakan oleh Chef Selebriti terkenal Malaysia iaitu Puan Sri Nisa Bakri dan juga Chef Daniel Green yang terkenal dengan menu hidangan sihat ini dilihat mampu memberi idea kepada masyarakat Malaysia yang sedang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi selain kekangan masa akibat kesibukan tugas




Sedikit Latar Belakang Puan Sri Nisa Bakri


Figura hebat ini dilahirkan dengan nama Shariffa Nisa Syed Hamid dan lebih dikenali sebagai Puan Sri Nisa Bakri. Beliau juga merupaka isteri bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin.

Puan Sri Nisa Bakri merupakan seorang Chef Selebriti yang terkenal kerana sering berkongsi resipi-resipi masakannya. Beliau juga mempunyai saluran YouTube beliau sendiri iaitu Nisa Bakri Official. Puan Sri juga ada mengeluarkan jenama 'pes' masakan beliau tersendiri dan diberikan nama 'nisabakri'.  Pes 'nisabakri' mula diperkenalkan pada penghujung bulan Disember 2015 dan ianya berkonsepkan 'easy healthy cooking'. Sehingga hari ini terdapat tujuh (7) jenis pes 'nisabakri' yang ada dijual di pasaran iaitu pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari Seafood, pes Rendang Ayam Bertutu, pes Gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh.

 

Pada tahun berikutnya  2016, menerusi rancangan bersiri masakan, Puan Sri Nisa Bakri telah berjaya mempromosikan masakan tradisional Malaysia untuk tontonan saluran tempatan dan juga antarabangsa. Bertambah manis apabila Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api  dari jenama 'nisabakri' mula memasuki pasaran Indonesia pada tahun 2017. Beliau juga telah mempromosikan produknya di dalam Metro TV Jakarta pada tahun 2018. Pada tahun 2020 Puan Sri Nisa Bakri turut menerima Nona Superwoman Award.



Sedikit Latar Belakang Chef Daniel Green.


Daniel Green, Chef, Hos, Personaliti Televisyen Antarabangsa dan Pengarang Pemenang Anugerah yang terkenal di peringkat antarabangsa ialah Pakar Pemakanan Sihat dan Tukang Masak Selebriti Televisyen terkenal di dunia di England, Thailand, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Dubai dan Amerika Syarikat.

Selain pakar dalam dunia masakan, beliau merupakan hos/personaliti yang terkenal di seluruh negara di ShopHQ kerana beliau telah menjual pelbagai produk secara LANGSUNG selama 18 tahun yang lalu dengan mencapai status hos masa utama dan memperoleh lebih satu bilion dolar dalam jualan.


Dalam 8 tahun yang lalu, Daniel telah mencipta kejayaan dalam dunia infomersial, di hadapan Gotham Steel, salah satu infomersial paling berjaya sepanjang zaman, dia telah menjual lebih 20 juta keping alat memasak.


Daniel duduk di panel Pelabur Kulinari untuk musim pertama Food Fortunes on Food Network untuk memutuskan sama ada dia akan melabur dalam produk baharu yang dipersembahkan.


Daniel juga seorang hakim di Food Network's Kitchen Inferno. Membuat penampilan di rancangan bual bicara di seluruh dunia, merancang makanan untuk 2 syarikat penerbangan antarabangsa utama dan membangunkan tempat makan dalam bilik untuk rangkaian hotel 5 bintang di Asia telah memupuk pangkalan peminat antarabangsa.


Post a Comment

0 Comments