Majlis Kesyukuran Dan Akikah Anak Bongsu Dato' Sri Aliff Syukri, Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri

Alhamdulillah hari ni aku berkesempatan untuk menghadiri majlis kesyukuran dan akikah anak bongsu Dato' Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida iaitu Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri.



Majlis disambut meriah dengan kehadiran ahli keluarga, para tetamu VIP, barisan artis dan juga pihak media.

Dato' Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida ketika ditemui mengakui bahawa mereka telah bersepakat bahawa Luqman Al-Hakim mungkin adalah anak terakhir mereka. 


Ketika ditanya, mereka bersepakat untuk tidak mahu lagi menimang cahaya mata selepas ini namun tidak menolak andainya Allah masih memberikan mereka rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

Saya tak menolak andai selepas ini kami diberikan zuriat lagi namun kalau boleh kami dah tak nak. Bukan senang sebenarnya membesarkan anak, apatah lagi kami kini mempunyai 6 orang cahaya mata
Ujar Dato' Aliff Syukri ketika menjawab soalan aku bagaimana jika tiba-tiba Allah mentakdirkan mereka menerima cahaya mata lagi selepas Luqman Al-Hakim

Apa pun aku mendoakan agar keluarga bahagia ini akan sentiasa berkekalan bahagia dan semoga Luqman Al-Hakim membesar sebagai anak yang soleh.


Didik Anak Secara Sederhana


Menurut Dato' Sri Aliff Syukri, mereka membesarkan anak dengan mendidik mereka agar bersederhana. Malah katanya lagi, dia tidak sekali-kali mengajar anak-anaknya untuk berpakaian mewah dan mahal. 

Kadang-kadang saya bagi anak saya pakai baju dan bag yang dibeli di pasar malam je
Ujarnya lagi.

Tidak mahu anaknya hidup terlalu dimanja, pasangan ini mengakui mendidik anak untuk berdikari. 


Anak saya kadang-kadang mintak RM50 pun saya akan suruh mereka menjual dulu tak kisahlah jual kerepek ke apa baru saya bagi sebab saya tak nak diaorang rasa mudah untuk dapat duit
Cerita Dato' Sri Aliff Syukri.

Aku secara jujur memang kagum dengan cara didikan mereka agar anak tidak terlalu manja dengan kemewahan.


Akhir sekali, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan jutawan muda ini kerana sudi menjemput aku ke majlis kesyukuran dan akikah anak bongsu mereka. Yang pasti semua masakan yang terhidang sedap belaka. 

@bebelancikmin Sekitar majlis kesyukuran & akikah anak bongsu Dato' Sri Aliff Syukri & Datin Sei Shahida di kediaman mereka pada hari ini. Terima kasih atas jemputan. Semoga Luqman Al-Hakim membesar sebagai anak yg soleh..amin..#fypmalaysia #contentcreator #capcutedit #lifeofcontentcreator #info #infotainment #bebelancikmin #aliffsyukri ♬ Dj Sholawat Huwannur - Sihuun

Post a Comment

0 Comments