MENCARI BAJU RAYA PLUS SIZE? APA KATA ANDA TERJAH KEDAI INI

Mencari baju raya plus size memang agak sukar terutama baju lelaki. Rata-rata baju raya yang dijual di pasaran adalah baju raya yang bersaiz sehingga XL sahaja dan keadaan ini memang menyukarkan bagi mereka yang bertubuh lebih dari saiz XL.


MENCARI BAJU RAYA PLUS SIZE? APA KATA ANDA TERJAH KEDAI INI


Aku pun ada juga kawan-kawan yang plus size ni, jadi memang kerap jugalah aku dengar rungutan mereka tentang betapa susahnya mereka nak mencari baju raya kerana baju-baju yang dijual di pasaran hanya bersaiz XL


Memahami kehendak dan permintaan yang tinggi terhadap baju plus saiz, Bob Rock Clothing (BRC) telah tampil mengetengahkan koleksi baju raya khas buat mereka yang bersaiz lebih dari XL. Menariknya lagi ialah kerana kesemua koleksi Bob Rock Clothing (BRC) ini mempunyai saiz sehingga 6XL. Pendek kata, tahun ni Bob Rock Clothing (BRC) akan memastikan semua orang bakal memiliki baju raya sendiri!


Untuk koleksi baju raya pada tahun ini, Bob Rock Clothing (BRC) telah mengeluarkan koleksi Baju Melayu, Kurta Adam dan Kurta Telok Belanga.


Baju Melayu 

Hari Raya sudah pastilah sinonim dengan Baju Melayu iaitu baju kebangsaan negara tercinta kita. Baju Melayu keluaran Bob Rock Clothing (BRC) ini diperbuat daripada material cotton twill dan kolarnya jenis cekak musang dengan 5 butang. 


Lebih menarik lagi kerana Baju Melayu ini dilengkapi dengan tiga (3) poket baju iaitu 1 di bahagian dada kiri dan 2 lagi di bahagian perut. Baju Melayu keluaran Bob Rock Clothing (BRC) ini tiada pesak jadi mudahlah untuk fit dengan saiz. Manakala untuk seluar pula pinggang bergetah dan seluar mempunyai poket di bahagian kiri dan kanan seluar.


MENCARI BAJU RAYA PLUS SIZE? APA KATA ANDA TERJAH KEDAI INI



Dari segi warna pula terdapat 6 pilihan warna yang menarik iaitu Baby Blue, Hitam, Jade Green, Light Brown, Merah dan juga Royal Blue.


Saiz pula disediakan sehingga 6XL


Kurta Adam V2


Bagi mereka yang lebih selesa memlilih kurta berbanding Baju Melayu, anda boleh memilih kurta Adam V2 yang diperbuat dari cotton Oxford. Kain jenis ini lebih ringan dan lebih mudah menyerap dan mengeringkan peluh.

MENCARI BAJU RAYA PLUS SIZE? APA KATA ANDA TERJAH KEDAI INI



Kurta Adam ini lehernya jenis kolar cekak musang dan didatangkan dengan 4 butang tembaga. Bagi memudahkan si pemakai untuk menyelit sampul duit raya atau handphone, 3 poket disediakan iaitu 1 di bahagian dada kiri dan 2 di sisi.

MENCARI BAJU RAYA PLUS SIZE? APA KATA ANDA TERJAH KEDAI INI



Terdapat 8 pilihan warna iaitu Hitam, Gold, Mint Green, Navy Blue, Olive Green, Periwinkle Blue dan juga Ungu.

Saiz disediakan sehingga 6XL


Kurta Telok Belanga


Sepertimana Kurta Adam V2, kurta Telok Belanga ini juga diperbuat dari cotton oxford yang ringan dan cepat menyerap dan mengeringkan peluh.

Lehernya sudah pastilah kolar telok belanga dan didatangkan dengan 3 poket iaitu 1 di bahagian dada kiri dan 2 lagi di sisi.

MENCARI BAJU RAYA PLUS SIZE? APA KATA ANDA TERJAH KEDAI INI



Terdapat 6 pilihan warna iaitu Aqua Blue, Army Green, Black Dark Red, Navy Blue, Purple dan Turqoise.

Saiz disediakan sehingga 6XL.



Untuk lebih jelas lagi mengenai koleksi baju raya dari Bob Rock Clothing (BRC) ni, anda boleh saksikan video yang aku sertakan di bawah ini ;



1.     

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang koleksi baju raya dari Bob Rock Clothing (BRC), anda boleh layari ;

Post a Comment

0 Comments