Tempohari aku sempat menghadiri Majlis Pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (‘PMWCBM’) yang berlangsung di Hotel Le Meridien PJ. Turut menghadiri majlis yang dijalankan dengan penuh meriah ini adalah YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), barisan artis seperti Erni Zakri, Nana Mahazan, Shiela Rusly, Datin Paduka Iena Azman dan juga pihak media.
MAGGI® mengukuhkan komitmen syarikat untuk memperkasakan wanita dan pemilik perniagaan kecil menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (‘PMWCBM’). Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023, MAGGI® mengumumkan edisi ketiga PMWCBM dengan usaha sama tiga buah syarikat gergasi teknologi – Google, Meta dan TikTok untuk menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan Masterclass dengan tumpuan terhadap penghasilan kandungan untuk media sosial, perkembangan peribadi dan strategi untuk mengembangkan perniagaan makanan. Sejak mula dilancarkan pada tahun 2020, program ini telah berjaya memberi impak kepada lebih 3,500 orang wanita di seluruh negara.
Ketika bercakap di majlis pelancaran, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata, "Tema Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, #EmbraceEquity, adalah selaras dengan matlamat Kementerian untuk menggalakkan penyertaan wanita secara aktif sebagai tenaga kerja. Usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita dan masyarakat terpinggir dengan kemahiran digital akan memberikan peluang pendapatan yang baharu, seterusnya merapatkan jurang kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha sama antara sektor awam dan swasta ini. MAGGI® akan berkolaborasi dengan Kementerian dalam usaha capaian komuniti di peringkat akar umbi dengan tumpuan terhadap kumpulan B40. Program ini akan menyediakan bengkel peningkatan kemahiran dan inisiatif untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital.”
Nestlé meraikan Hari Wanita Antarabangsa setiap tahun untuk menandakan pencapaian dan kejayaan wanita di seluruh dunia. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata “Kami menyedari akan kemajuan yang dicapai oleh wanita setakat ini disamping memperbaharui komitmen untuk terus membawa perubahan yang positif ke arah membina kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman untuk seluruh komuniti di Malaysia. Dengan ketibaan era pendigitalan, Nestlé menerusi MAGGI®, menggalakkan kesaksamaan gender dengan meningkatkan kemahiran dan memperkasakan wanita dalam dunia digital. Kami berusaha untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan menyumbang kepada kedudukan kewangan yang lebih baik untuk mereka.”
Berikutan peningkatan pengaruh media sosial dan pertumbuhan landskap digital, para pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan memainkan peranan penting dalam capaian jenama. Terdapat peluang yang besar menanti wanita Malaysia untuk menjana pendapatan yang mampan daripada kandungan berasaskan makanan dan memajukan perniagaan makanan mereka dengan kemahiran dan keupayaan digital. MAGGI® mengambil langkah yang seterusnya untuk menambahbaik Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® menerusi usaha sama dengan peneraju digital terkemuka dunia seperti Google, Meta dan TikTok.
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun ini memperkenalkan sebuah modul dalam talian yang baharu untuk para peserta yang mahu memulakan perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan berasaskan makanan, sama ada sebagai individu atau pemilik perniagaan. Peserta juga diberi peluang untuk menyertai Masterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®. Para pakar dari Google, Meta and TikTok berkongsi panduan, nasihat dan amalan terbaik tentang penghasilan kandungan, manakala pempengaruh yang sudah berjaya pula berkongsi kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada para peserta. Selepas proses pemilihan yang ketat, seramai 21 orang pemenang akan dipilih untuk menerima kontrak daripada MAGGI® untuk menyertai program bimbingan eksklusif bagi menjadi pencipta kandungan media sosial berasaskan makanan.
Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® di Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Ketika kita semakin maju ke hadapan bagi menyokong wanita dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan membuat perubahan, tidak kira sekecil mana usaha kita. Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri, ‘Apa perubahan anda hari ini?’. Kami yakin bahawa menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, kami akan dapat meneruskan usaha dalam menggalakkan wanita untuk melakukan perubahan positif, sejajar dengan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023, sila layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-cukup-rasa/
1 Comments
Tak sabar nak tgk season 3 ni. Mcm edisi ni khas utk kita, all the content creator!! 😍
ReplyDelete