REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA : OPS HELANG

Semalam aku berkesempatan untuk menghadiri majlis majlis Malam Gala Tayangan Perdana filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang iaitu buah tangan terakhir Allahyarham Pitt Hanif.


Turut hadir ke majlis majlis Malam Gala Tayangan Perdanaini adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri  DR Shamsul Bin Nasarah. FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. 

Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.

REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA : OPS HELANG



Filem Melayu yang berkisarkan tentang Pegawai PasukanTindakan Khas dan  Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANA serta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama. Selain itu,HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED, AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.



Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang


Tajuk Filem         : COAST GUARD

Durasi                   : 85 minit

Bahasa                 : Bahasa Melayu

Genre                   : Drama, Aksi

Klasifikasi            : P13

Pengarah            : Allahyarham Pitt Hanif

Pelakon               : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.

Penerbit              : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production

Edaran                 : Metrowealth International Group (MIG)


REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA : OPS HELANG



Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai PasukanTindakan Khas dan  Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. 


Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. 


Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.



Pendapat Peribadi Aku Tentang Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang


Dari segi jalan cerita, filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ini wajar diberi pujian kerana dari awal sehingga akhir filem kita akan ditontonkan dengan babak-babak yang kadangkala mendebarkan kita. Pendek kata cerita ini tidak membosankan kerana dari permulaan cerita lagi penonton dihidangkan dengan babak-babak tembak menembak.


Cuma adatlah sebuah filem Melayu, tak akan lari dari beberapa babak dan dialog yang agak longgar. Misalnya, di dalam adat kita orang Malaysia terutamanya orang Melayu tiada istilah 'parti' pertunangan tetapi di dalam masyarakat Melayu yang penuh adat kita akan mengadakan majlis pertunangan yang diiringi oleh kenduri doa selamat dan sebagainya.


Namun di dalam filem ini terdapat babak dimana mereka mengadakan parti di tepi pantai sambil menari, pada aku itu diluar norma kehidupan kita sebagai orang Melayu. Penting ke aku komen bab itu?! Ye Penting! Kerana filem ini adalah filem Melayu dan ditayangkan di Malaysia jadi benda-benda kecil begini kadangkala memberi kesan dan pandangan yang buruk.


Antara babak lain yang tidak logik adalah 'hidangan Starbucks' di atas kapal Maritim di tengah lautan. Walaupun Starbucks adalah antara penaja utama filem ini namun pihak produksi harus lebih kreatif untuk membuat 'iklan' Starbucks tanpa melanggar logik akal. Mana nak dapat Starbucks di tengah lautan?


Dari segi ending cerita pula, aku sebenarnya agak sedikit kecewa dengan ending filem ini namun jika akan ada Coast Guard Malaysia yang kedua diharapkan agar pengarah memikirkan jalan cerita yang lebih logik untuk penjelasan bagi babak ending filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang


Itu je la yang bahagian paling ketara yang aku nampak. Yang lain semuanya mantap terutama dari segi lakonan. Seperti biasa, lakonan Adlin Aman Ramli yang memegang watak antagonis tidak mengecewakan. Malah lakonan Adlin Aman Ramli ada ketikanya lebih menyerlah berbandingan hero filem ini iaitu Saharul Ridzwan. Terus-terang, lakonan hebat Adlin Aman Ramli di dalam filem ini antara faktor penyebab filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang tidak membosankan.


Apa pun, aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Pengarah, Penerbit dan barisan pelakon kerana filem ini mampu menarik minat aku. Aku bagi 4/5 bintang untuk filem ini


Buat peminat-peminat filem tempatan, jangan lupa untuk menonton filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang akan ditayangkan di seluruh negara bermula 2 Februari 2023



@bebelancikmin Best ke filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang ni? Nak tahu best ke tak sila la serbu esok (2 Feb 2023). Pada aku cte ni best cuma aku tak suka ending dia 🤣. Tp pape pun aku bagi 4/5 #mydebit #mydebitje #infotainment #bebelancikmin #coastguardmalaysia #starbucksmalaysia #filmcoastguard #cinema #film2023 #maritimmalaysia #opshelang #malaysiacoastguard #flyingdealsdnbhd #metrowealth #migonline ♬ original sound - Bebelan Cik Min

Post a Comment

0 Comments