SENTUHAN TERBARU SURIA FM 2023 & PELUANG MENANGI SEBAHAGIAN RM 60,000 MENERUSI KEMPEN ‘SURIA BAGI DUIT’

Suria FM membuka tirai 2023 dengan menampilkan konsep juga ‘look & feel’ yang lebih segar, kreatif dan menarik bertemakan ‘Ilustrasi dan Warna Pop’. Konsep terbaru yang menampilkan para penyampai Suria FM ini telah mula menghiasi semua digital platform Suria FM, laman web Suria.my, aplikasi Suria Malaysia dan Youtube Suria TV bermula 25 Januari 2023 (Rabu).


SENTUHAN TERBARU SURIA FM 2023 & PELUANG MENANGI SEBAHAGIAN RM 60,000  MENERUSI KEMPEN ‘SURIA BAGI DUIT’

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), 

Setelah 15 tahun bersiaran, kini Suria FM membawa sesuatu yang baru buat pendengar yang sentiasa menyokong dan mempercayai jenama kami. Kami percaya kelainan yang dibawakan ini sejajar dengan misi Suria FM untuk terus kekal relevan dalam industri radio tanah air. Suria FM kini lebih agresif untuk menganjurkan pelbagai peraduan juga aktiviti ‘on ground’ dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi jalinan juga hubungan baik kami bersama pendengar setia yang amat kami sayangi dan hargai. Untuk itu, bermula 30 Januari 2023 (Isnin) Suria FM memberikan peluang kepada pendengar untuk memenangi sebahagian daripada RM60,000 menerusi kempen Suria Bagi Duit.

 

SENTUHAN TERBARU SURIA FM 2023 & PELUANG MENANGI SEBAHAGIAN RM 60,000  MENERUSI KEMPEN ‘SURIA BAGI DUIT’


Kempen ‘Suria Bagi Duit’ kali ini terbahagi kepada beberapa peraduan seperti Suara Selebriti Suria, Lagu Oyen Suria, Lagu Gostan Suria dan Lagu Rosak Suria.

 

Untuk peraduan pertama, ‘Suara Selebriti Suria’,  pendengar berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM60,000 dengan hanya meneka suara selebriti mengikut turutan menerusi peraduan Suara Selebriti Suria di Suria FM bermula 30 Januari 2023 sehingga 10 Februari 2023.


Dengarkan klip audio suara 3 selebriti menyebut perkataan ‘Suria ’bermula jam 6 pagi hingga 10 malam menerusi segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta dan kenal pasti suara selebriti tersebut mengikut turutan.


SENTUHAN TERBARU SURIA FM 2023 & PELUANG MENANGI SEBAHAGIAN RM 60,000  MENERUSI KEMPEN ‘SURIA BAGI DUIT’

Selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan dan hashtag #SuaraSelebritiSuria ke talian whatsapp 017-8961053.

 

Penghantar Whatsapp ke-5 akan dihubungi oleh penyampai Suria dan anda harus memberikan jawapan dengan susunan suara yang betul.

 

Wang tunai RM250 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya. Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus.

 

Layari laman web Suria, suria.my dan laman sosial Suria Malaysia untuk info lanjut:-

 

Instagram: suriamalaysia 

Facebook: @SuriaMalaysia 

TikTok: @suriamalaysia 

Youtube: SuriaTV 

 Twitter: @suria_malaysia

 

Post a Comment

0 Comments