JOM HUAT BERSAMA-SAMA DI THE CHICKEN RICE SHOP DENGAN “AYAM HOT-AH”!

Dah cuba menu terbaru The Chicken Rice Shop bersempena dengan Tahun Baru Cina? Ha..Jika belum mencuba apa kata anda cuba sekarang kerana menu terbaru yang diberi nama "Ayam Hot-Ah"! ini hanya boleh didapati mulai sekarang hingga 28 Februari ini sahaja.




Bagi mereka yang menyukai hidangan pedas khususnya, pastikan anda mencuba "Ayam Hot-Ah"! yang dimasak sempurna dengan kuah berperisa pedas dan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang.


Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.



 

Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini, 

kata Kah Yong.



Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,


 tambah Kah Yong.

 

Para peminat kini boleh menyertai cabaran menarik ini dan berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS!




Cara Menyertai #HotAhChallenge



1. Rekod video anda menjerit "Hot-Ah" sepanjang dan sekuat yang boleh
2. Postkan video tersebut di FB Reels/IG Reels/Tiktok
3. Masukkan hashtag #TheChickenRiceShop
4. Tag @thechickenriceshop

Boleh lihat video di bawah sebagai contoh.

 


@bebelancikminfoodhunter Korang dah try ke Ayam Hot-Ah dekat @thechickenriceshop ? Haaa..kalo belum pergi boleh la pergi skrg sambil2 buat challenge #HotAhChallenge dan menangi baucar sedapZ TCRS! Hidangan ini boleh didapati sekarang sehingga 28hb Februari sahaja so jom la cepatlah try! Nak join challenge pun senang je, korang hanya perlu jerit Hot-Ah sepanjang dan sekuat yang boleh dan post video korang di FB reels/IG reels/Tiktok dengan hashtag #HotAhChallenge #TheChickenRiceShop dan tag @thechickenriceshop #bebelancikmin #bebelancikminfoodhunter #lfl❤️ ♬ original sound - Bebelan Cik Min Food Hunter

 

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/ 

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah cuba, suka rasa pedas manis dia...berempah...mmg buat ketagih! Nnt nak join laaa cabaran niii...mana tau boleh jerit 14 jam straight...HAHAHAHA

    ReplyDelete