Tidak dinafikan bahawa insurans adalah satu bentuk perlindungan yang sangat penting namun tidak semua orang memilikinya. Di sebalik makin ramai yang tanam kepentingan insurans, masih ada yang tidak sedar bahawa insurans memainkan peranan penting dan memberi banyak kebaikan kepada mereka yang melanggannya.
Ini kerana semua daripada kita tidak tahu bila musibah akan
menimpa diri kerana malang tidak berbau. Apabila terkena musibah, apa lagi yang
dapat menampung bebanan yang dihadapi.
Tidak semestinya kita muda dan sihat tidak boleh diserang
penyakit kronik atau kemalangan sehingga hilang upaya untuk meneruskan
kelangsungan hidup termasuk mencari rezeki.
Apabila berlaku perkara-perkara tidak diingini, barulah kita
menjadi sepert kata pepatah "Sudah Terhantuk Baru Tengadah". Baru
kita mengerti mengapalah kita tidak "Sediakan Payung Sebelum Huian".
Kenapakah Insurans Dan Takaful Itu Penting?
Kepada yang masih bujang, mungkin anda berfikir apakah
relevannya perlindungan takaful dan insurans ketika kesihatan anda masih berada
di tahap yang baik?
Mungkin ada juga yang berfikir manfaat takaful dan insurans yang disediakan majikan mencukupi sehingga sampai umur persaraan. Atau, anda mungkin bekerja sampingan atau secara freelance bersendirian.
Bagi yang sudah berkeluarga pula, mungkin tertanya-tanya apakah perlindungan takaful atau insurans anda cukup untuk membuat pembayaran bil hospital dan memastikan kelangsungan kualiti hidup anak-anak yang masih bergantung kepada anda dan pasangan?
Kita juga perlu beringat bahawa situasi yang tidak diduga dan di
luar kawalan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Apa
yang dalam kawalan kita ialah bagaimana kita bersedia untuk menghadapi
situasi-situasi tersebut.
Apabila anda memiliki sijil takaful atau polisi insurans, perlindungan tersebut akan membantu kita untuk membayar, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripada bil hospital pada waktu kecemasan.
Manfaat ini sangat membantu dalam situasi di mana dana kecemasan kita tidak mencukupi. Dan jika berlaku musibah kematian, manfaat insurans dan takaful anda akan menanggung waris anda dan memastikan hidup mereka dapat diteruskan.
Stable Vision Corporation Giat Beri Kesedaran Tentang Kepentingan Insurans Dan Takaful
Untuk Individu |
Perlindungan Hayat |
Perlindungan Perubatan |
|
Perlindungan Penyakit Kritikal |
|
Simpanan &
Pelaburan |
|
Perlindungan Kemalangan |
|
Penyelesaian hartanah |
|
Insurans Kenderaan |
|
Produk Dalam Talian |
|
AIA Vitality |
|
Untuk Perniagaan |
Manfaat Pekerja |
Insurans Komersil |
S: APAKAH MAKSUD TAKAFUL?
J: Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, yang dinamakan Dana Risiko Peserta (DRP), digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.
S: APAKAH ITU A-PLUS HEALTH-i?
J: A-Plus Health-i merupakan satu pilihan faedah tambahan (“rider”) yang boleh anda lampirkan dengan pelan caruman tetap Takaful Berkaitan Pelaburan yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC. Ia bukan sahaja menyediakan perlindungan perubatan yang komprehensif untuk anda, malah ia juga merupakan penyelesaian kesihatan yang lengkap serta menyokong anda dari segi pencegahan ke penghospitalan dan juga ke pemulihan.
Selain daripada perlindungan perubatan yang komprehensif, A-Plus Health-i juga memberikan ganjaran kepada anda atas usaha anda untuk terus kekal sihat:
Health Wallet: Satu amaun yang tetap, bergantung kepada pelan yang anda pilih, akan ditambah ke Health Wallet anda pada setiap akhir tahun, tertakluk jika tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelum, sehingga 10 kali sepanjang Sijil ini berkuatkuasa. Health Wallet memberi anda faedah tambahan seperti:
• pemeriksaan kesihatan dan pemvaksinan
• perlindungan untuk gejala kongenital dan pembedahan
elektif/ plastic/ kosmetik disebabkan oleh
kemalangan atau kanser
• prostetik luaran seperti anggota tiruan dan alat
pendengaran
• penjagaan pemulihan untuk kanser, strok dan serangan
jantung
• Perundingan Psikiatri untuk keadaan mental yang dilindungi
• perlindungan kematian
Health Rewards: Health Rewards adalah faedah yang diberikan apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality dan menyertai A-Plus Health-i. Faedah Health Rewards adalah bergantung pada status AIA Vitality anda ketika membuat tuntutan.
S: SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENYERTAI A-PLUS HEALTH-i?
J: A-Plus Health-i adalah untuk individu yang berumur di antara 14 hari hingga 70 tahun. Pelan ini juga layak untuk kanak-kanak pra-kelahiran dengan tempoh menunggu selama 30 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
S: BERAPA LAMAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI?
J: A-Plus Health-i akan melindungi anda selama 30 tahun, atau sehingga anda berumur 70, 80 atau 100 tahun, tertakluk kepada Sijil Asas anda mempunyai nilai akaun yang mencukupi untuk menampung Tabarru’ bagi rider ini.
S: DI MANAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI?
J: A-Plus Health-i melindungi anda di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, jika anda menetap atau merantau keluar dari Malaysia untuk lebih dari 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi untuk sebarang rawatan perubatan yang diterima di luar negara (kecuali Singapura dan Brunei).
Sila ambil perhatian bahawa perlindungan di luar negara akan mengikut dengan Bayaran Munasabah dan Biasa dan Perlu Dari Segi Perubatan untuk rawatan yang sama di Malaysia. Jika anda merupakan warga asing atau bukan pemastautin, perlindungan anda terhad kepada kemasukan ke hospital di Malaysia dan kemasukan ke hospital akibat kecemasan perubatan sahaja ketika di luar negara.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai insurans dan takaful, boleh la hubungi pihak Stable Vision Corporation Sdn.Bhd di talian ;
1) Siti Norisah
H/phone : 0126428117
Email : sitinorisah.1019q@aia-premier.com.my
0 Comments