RAIKAN ULANG TAHUN SURIA KE-15 DI GENTING DREAM!

Pada 24 November yang lepas, Suria FM telah menyambut ulang tahun yang ke-15. Semalam sempatlah aku sama-sama turut meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM di Genting Dream Cruise dan pada majlis tersebut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin turut mengumumkan bahawa pada 9 Januari 2023 Suria FM bakal belayar dengan kapal mewah Genting Dream.




Menariknya lagi, Suria FM turut bakal bersiaran di atas kapal mewah tersebut. Bukan itu sahaja, Suria FM dan Resorts World Cruises akan membawa 5 pendengar bertuah merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi


Menurut Dj Lin

24 November, genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun yang luar biasa dari segi pencapaian kami dari segi rating, ranking serta hasil pendapatan Suria FM secara keseluruhannya. Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media. Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah, ‘Genting Dream’.

 


Selain itu, Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises juga turut berbesar hati dengan hasil kerjasama antara dua pihak bagi  meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM pada tahun depan.

Ujarnya,

Bagi pihak Resorts World Cruises, kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-15 SURIA FM bersama-sama di Malaysia. Sambutan dan kerjasama ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket. Kami teruja untuk berlayar bersama krew SURIA FM dan rakan media pada Januari 2023 dengan misi untuk mencapai ‘The Malaysia Book of Records’ bagi kategori Radio Pertama bersiaran dari atas kapal.

Hari tu sempat juga kami dihiburkan dengan persembahan-persembahan di atas Genting Dream Cruise termasuk persembahan tarian. Memang meriah betul.




Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimanakah untuk menjadi pemenang bertuah yang sama-sama dapat menikmati pelayaran selama 4 hari 3 malam bersama Suria FM, anda boleh la mendengar Suria FM pada setiap hari kerana peraduan bermula dari 14 November 2022.




Tahniah buat Suria FM atas ulang tahun yang ke-15 dan tahniah kerana tersenarai sebagai radio paling digemari rakyat Malaysia di tangga ke-3 


Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria FM di laman web Suria, suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:-

Instagram: suriamalaysia 

Facebook: @SuriaMalaysia 

TikTok: @suriamalaysia 

Youtube: SuriaTV 

Twitter: @suria_malaysia

Post a Comment

0 Comments