Hotel Review | Renaissance Johor Bahru Hotel

Kalau bulan lepas aku dah kongsikan pengalaman aku menginap di Mardhiyyah Hotel & Suites , kali ni aku ingin kongsikan pula pengalaman aku menginap di Renaissance Johor Bahru Hotel.




Kisahnya, minggu lepas aku dan kawan-kawan merancang percutian ke Johor Bahru. Memang plan kami nak ke JB untuk jalan-jalan cari makan. Lepas puas berbincang akhirnya kami ambil keputusan untuk menginap di Renaissance Johor Bahru Hotel.



Hotel Review | Renaissance Johor Bahru Hotel


Buat pengetahuan, Renaissance Johor Bahru Hotel ini terletak di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru. Kedudukannya yang strategik terletak betul-betul di tengah bandar dan berhampiran AEON Mall Permas Jaya bagi aku sangat memudahkan sebab akses untuk kemana-mana senang.


Aku menginap di Renaissance Johor Bahru Hotel ni selama 3 hari 2 malam jadi aku akan kongsikan pengalaman aku selama menginap di sana. Untuk hari pertama, selepas je check-in pada pukul 3 petang aku terus ke bilik. 


Masuk je bilik memang teruja betul dengan dekorasi bilik yang kemas dan selesa. Bilik yang kami pilih adalah Guest Room Twin Single Bed. Seperti bilik-bilk hotel yang lain, kemudahan seperti TV, peti sejuk, minuman dan kopi, sterika, papan sterika semua disediakan bagi memudahkan pelanggan.


Masuk ke bilik air, aku teruja dengan susunan botol syampu, perapi rambut dan gel mandian di tepi dinding dalam bilik mandi kerana saiznya berbeza dengan hotel-hotel yang pernah aku menginap sebelum ini. Saiznya besar dan terasa seakan kita berada di dalam bilik air sendiri di rumah dengan saiz-saiz botol yang besar begitu.



Penat 'tour' bilik dan penat setelah mengharungi perjalanan selama 4 jam, kami ambil keputusan untuk berehat menghilangkan lelah sebelum turun untuk menikmati makan malam pula.



Makan Malam 'Discover Malaysia Dinner Buffet' Di Cafe BLD


Makan malam kami bertempat di Cafe BLD yang terletak di aras G (sama aras lobi hotel). Oleh kerana kami menginap selama 3 hari 2 malam, maka di sinilah kami akan menikmati sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. 


Untungnya kami mula menginap di sini pada hari Sabtu, maka kami berkesempatan untuk menikmati makan malam 'Discover Malaysia Buffet' yang menghidangkan pelbagai masakan Malaysia. Cuma istimewanya hari Sabtu berbanding hari-hari yang lain adalah kerana pada hari Sabtu terdapat hidangan Tiram segar buat para pelanggan.



Bagi peminat-peminat makanan laut, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hasil laut yang segar dihidangkan di sini. Ada udang galah, kepah, udang kara, pepahat dan bermacam-macam lagi. Bukan hanya hidangan laut segar malah terdapat banyak lagi menu seperti sushi, nasi briyani, spaghetti, lamb coffee sauce, aneka mee dan pelbagai lagi menu.


Bagi yang berminat untuk menikmati buffet dinner di sini, harganya cuma RM138 dan dinner di sini disediakan pada pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.



Hari Kedua Kami Di Renaissance Johor Bahru Hotel


Hari kedua kami di Renaissance Johor Bahru Hotel dimulakan dengan sarapan pagi di Cafe BLD. Seawal 6.00 pagi sarapan disediakan di sini. Oleh kerana kami ingin menikmati sarapan pagi dengan lebih tenang, seawal 6.00 pagi juga kami memulakan sarapan pagi kami. 


Hidangan sarapan pagi di sini sangat banyak. Pendek kata memang rambang mata dibuatnya dengan pelbagai pilihan daripada salad, makanan berat hinggalah ke dessert. Banyak tak terkata! Tapi yang paling istimewanya di sini, mereka tidak menghidangan makanan sejuk beku yang dipanaskan semula seperti roti canai. Roti canai di sini diuli sendiri oleh chef dan dihidangkan segar seperti di kedai mamak.



Aku sangat gemarkan roti canai di sini, jadi selama 3 hari 2 malam aku menginap di sini maka setiap harilah aku bersarapan dengan roti canai. Yang paling seronoknya bersarapan di sini, ada station-station makan seperti station makanan India yang menghidangkan roti canai, tosai, kuah dal. kuah kari dan chutney, ada station yang menghidangkan aneka jenis mee seperti mee rebus dan asam laksa, ada station yang menghidangkan dimsum dan banyak lagi.



Selesai bersarapan, kami berjalan-jalan sekitar hotel dan naik ke bilik untuk mandi.


Pukul 12 tengahari kami sambung pula untuk menikmati Buffet Makan Tengahari di Cafe BLD. Sama seperti sarapan pagi, pelbagai pilihan makanan yang disediakan di sini dan pastinya semua enak belaka. Jujur, Renaissance Johor Bahru Hotel memang terbaik dalam menyediakan hidangan buat pelanggan mereka. Boleh dikatakan semua hidangan di sini sangat sempurna! Memang sangat sedap dan memang sangat berbaloi.


Di bawah ini aku sediakan sekali jadual harga dan masa untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam bagi memudahkan anda semua untuk merancang percutian ke Renaissance Johor Bahru Hotel ini.



Buffet Sarapan Pagi

6.00 am – 10.30 am

Dewasa : RM60 nett

Kanak-kanak : RM30 nett

 

Buffet Makan Tengahari

12.00 pm – 3.00 pm

Dewasa : RM78 nett

Kanak-kanak : RM39 nett

 

Buffet Makan Malam Hari Minggu

Ahad – Khamis

6.30 pm – 10.00 pm

Dewasa : RM98 nett

Kanak-kanak : 49 nett

 

Buffet Makan Malam Hujung Minggu

Jumaat & Sabtu

6.30 pm – 10.00 pm

Dewasa : RM138 nett

Kanak-kanak : RM69 nett

 



Hari Ketiga Kami Di Renaissance Johor Bahru Hotel


Hari ketiga iaitu hari terakhir kami di Renaissance Johor Bahru Hotel, kami mencuba pula makanan di Wan Li Chinese Restaurant. Oleh kerana ini adalah hari terakhir kami di sini, maka kami pilih untuk makan tengahari di Wan Li Chinese Restaurant sebelum kami bertolak pulang.


Hidangan makan tengahari di Wan Li Chinese Restaurant bermula pada pukul 11.30 pagi hingga pukul 3 petang dan kemudiannya makan malam di restoran ini akan bermula pula pada pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. 

Antara menu yang kami cuba hari tu ialah Wan Li's Signature Traditional Peking Duck, Wok-fried with Dried Chili and Onions, Fragrant Fried Chicken with Dried Chili, Garlic and "Szechuan" Pepper, Fragrant Fried Rice with Conpoy, Egg White, Garlic Crisps and Beet Root Juice, Pan Fried Shanghai Dumpling dan pelbagai jenis dim sum




Fasiliti Lain Di Renaissance Johor Bahru Hotel


Soalan yang sering aku terima apabila membuat review hotel adalah 'ada swimming pool tak?'. Ha.. Jangan bimbang kerana kolam renang yang disediakan di Renaissance Johor Bahru Hotel sangatlah luas. 


Terdapat juga kolam renang untuk kanak-kanak disediakan di hotel 5 bintang ini.


Selain kolam renang, bagi mereka yang suka bersenam bolehlah bersenam di gym yang terletak berhampiran dengan kolam renang.


Bagi anda yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Renaissance Johor Bahru Hotel bolehlah menghubungi mereka di ;


Alamat : Renaissance Johor Bahru Hotel

 No. 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, Malaysia, 81750

 Tel: +60 7-3813333

Facebook : Renaissance Johor Bahru Hotel 

Instagram : renaissancejohorbahru


Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel  review https://t.me/hotelreviewbymin


@bebelancikmin Bukan selalu aku ke JB..so bila dtg kali ni nak la stay kat tempat yg best kan?! Thats why aku pilih @renaissancejohorbahru . Memang berbaloi stay kat sini sebab bilik dia mmg selesa,luas, kemas dan bersih sgt! Paling best sebab diaorang tak kedekut langsung shampoo, conditioner & body bath tu! Hehe..ni alu br share teaser je. Nnt aku share fasiliti dan makanan yg best kat sini. Korang pun kalo ke JB rugi la tak stay kat sini📍 @renaissancejohorbahru #staycation #staycationmalaysia #renaissancejohorbahruhotel #renhotels #discoverthisway #bebelancikmin #lfl� ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) - Meli Dedi

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya Min, pernah stay sini sekali dulu.. puashati servis dan layanan dia kan...makan pun sedap..

    ReplyDelete
  2. Nampak sungguh menarik ni KakMin. Macam-macam ada. Mesti puas hati sangat stay kat hotel ni. best laaaah

    ReplyDelete