7 Minggu Sebelum Kahwin Lakonan Mantap Nora Danish Dan MK K-Clique

Berita baik buat peminat MK K-Clique dan Nora Danish kerana pada 7 Julai ini, sebuah filem bertajuk 7 Minggu Sebelum Kahwin bakal ditayangkan di Astro First.


"7 Minggu Sebelum Kahwin" adalah filem romantik komedi arahan Eyra Rahman menampilkan barisan para pelakon popular seperti Nora Danish (Syifa), MK K-Clique (Amar), Alya Iman (Natasha), Vanessa Reynauld (Ana), Ropie (Rafi), Yassin (Kyle), Sham Visa (Anuar Riza) dan Azizah Mahzan (Nenek).


Selepas melalui tempoh pandemik, KRU Studios kini sedang didalam proses memulakan semula aktiviti penerbitan filem dengan mengeluarkan 4 filem terbitan bersama (termasuk "7 Minggu Sebelum Kahwin") dengan beberapa penerbit pada tahun ini. Berdasarkan kajian kami khususnya bagi pengedaran filem secara Transactional On Demand' atau 'Pay Per View' melalui platform digital di Amerika Syarikat, trend langganan di Astro First sebenarnya adalah mengikut aliran semasa dipersada antarabangsa. Namun, KRU Studios akan tetap mengeluarkan filem di pawagam mulai 2023 bagi genre-genre filem animasi dan aksi.

ujar Dato' Norman Abdul Halim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios.


7 Minggu Sebelum Kahwin mengisahkan mengenai Syifa (Nora Danish) yang mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar (MK K-Clique) di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah 'PERFECT!'. Hanya tinggal 7 minggu saja lagi namun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka.


Menurut Datin Natasha Charmaine selaku Penerbit Eksekutif Bloombordia 

Saya amat berpuashati dengan hasil kerja Eyra dan kesemua pelakon yang telah memberikan persembahan terbaik didalam filem pertama terbitan bersama Bloombordia dan KRU Studios. Saya berharap para penonton juga akan terhibur dengan keunikan penceritaan filem ini dan mendalami mesej-mesej yang tersirat.


"7 Minggu Sebelum Kahwin" turut menampilkan lagu tema berjudul "Petanda" nyanyian Dian Hashim, artis naungan KRU Music. Lagu tema ini kini boleh distrim di kesemua platform digital sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube.


Sinopsis 7 Minggu Sebelum Kahwin



Syifa (Nora Danish) mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar (MK K-Clique) di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah 'PERFECT!


Namun, pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar. Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena separas. Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi (Ropie), kawan baik Amar dengan nama perempuan lain serta pelamin yang diidamkan Syifa bersama 'wedding planner' Kyle (Yassin) telah diubah oleh nenek Amar (Azizah Mahzan). Setiap masalah yang muncul telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur.


Kemunculan Natasha (Alya Iman), bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.


Bagi peminat-peminat Nora Danish dan MK K-Clique jangan lepaskan peluang anda untuk menonton 7 Minggu Sebelum Kahwin di Astro First bermula 7 Julai ini.

@bebelancikmin Peminat @MK K CLIQUE @NoraDanish @Yassin Senario Union wajib tengok cte ni.. terbitan @KRU Studios #fyp #noradanish #mk #mkkclique #yassinsenario #7minggusebelumkawin #7minggusebelumkahwindrama #7minggusebelumkahwin #bebelancikmin ♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) - Ptrp Studio

Post a Comment

2 Comments

  1. Lamanya tak tengok lakonan Nora Danish ni.. alaa takde astrokk.. takpe tunggu laa youtube ke

    ReplyDelete
  2. Waaahhhh ND bergabung dengan MK. Mesti menarik citer ni.

    ReplyDelete