Sudah menjadi gaya hidup sekarang untuk berbelanja di convenience mart yang menyediakan pelbagai barangan baik dari segi barangan keperluan hingga la makanan yang sedia di makan.
Memandangkan gaya hidup sekarang yang mahukan segalanya serba pantas dan serba lengkap, Tori Convenience Mart sebuah kedai yang berkonsepkan halal convenience mart telah dibuka di Taman Putra Kajang.
Memahami permintaan yang tinggi terhadap produk-produk dari Korea khususnya, Tori Convenience Mart di buka bagi memenuhi selera pelanggan. Berkonsepkan kedai serbaneka yang menyediakan pelbagai jenis barangan termasuk barangan keperluan, makanan yang sedia di masak, makanan yang sedia di makan dan pelbagai lagi barangan yang memenuhi permintaan pelanggan
Dirasmikan dengan acara penuh meriah oleh ikon Jalan Jalan Cari Makan iaitu Maria Tunku Sabri dan Influencer disegani iaitu Marcus Osmand, acara potong riben sebagai simbolik pembukaan rasmi Tori Convenience Mart telah diadakan pada Isnin, 6 June 2022 bertempat di Tori Convenience Mart, Taman Putra Kajang.
Bagi peminat makanan Korea seperti Oden dan Topoki, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri kenakan rasa Oden dan Topoki di Tori Convenience Mart ini.
Tidak hanya Oden dan Topoki malah barangan makanan lain yang menjadi kegemaran masyarakat kini turut dijual di Tori Convenience Mart ini.
@bebelancikmin Berita baik untuk orang-orang Kajang 📢📢 Tori Convenience Mart dah pun buka! Jadi, ni lah masanya untuk korang serbu sebab kat Tori Convenience Mart macam2 ada tau!Btw TAHNIAH! Tori Convenience Mart atas pembukaan kedai di Kajang 😘😘 #bebelancikmin #fyp #tori #toriconveniencemart #kajang #koreanfood #koreanlover ♬ Yours (feat. LeeHi, CHANGMO) - Raiden & CHANYEOL
0 Comments