Peluang Menangi Motosikal RXZ Dan Pakej Umrah Di StarVendors

Kebelakangan ini nama StarVendors semakin dikenali apatah lagi selepas kejayaan mereka memecah rekod berlangsung tanpa henti selama 75 jam bermula 9 pagi pada 22 April dan tamat tepat pada jam 12 tengahari pada 25 April yang lepas.


Sambutan hangat dan mengalakkan dari orang ramai telah memberi motivasi kepada StarVendors untuk kembali mengadakan jualan sempena sambutan Minggu Usahawan Negara 2022 dan sambutan Hari Raya Haji yang bakal berkunjung tiba menerusi penganjuran Fesyen dan Kecantikan 2022 sempena sambutan Minggu Usahawan Negara 2022 dan StarVendors Kedah Raya Fest 2022 sempena Hari Raya Haji.




Festival Fesyen & Kecantikan sempena sambutan Minggu Usahawan Negara 2022 akan berlangsung pada 24 hingga 27 Jun 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport Bukit Bintang, manakala StarVendors Kedah Raya Fest 2022 akan diadakan pada 1 & 2 Julai 2022 di Raia Hotel & Convention Center Alor Setar, Kedah.


Menurut Ifa Raziah, Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn.Bhd, pengajuran  Festival Fesyen & Kecantikan dan StarVendors Kedah Raya Fest 2022 adalah inisiatif StarVendors untuk membantu para usahawan dalam menaikkan jualan dan produk mereka. Menurutnya lagi, matlamat penganjuran kali ini tetap sama seperti sebelumnya iaitu bagi memberi platform kepada usahawan tempatan untuk berniaga.


Tujuan utama StarVendors ini adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga. Tidak kira bangsa apa sekalipun yang mahu berniaga bersama kita sepanjang tahun ini.


Seterusnya ikuti kita buat 'road tour' hingga hujung tahun ini. Itulah tujuannya, sebab kita sudah dua tahun tidak dapat berniaga seperti ini. Bermulanya di WTC yang lepas, kita akan bergerak ke Sabah pada September ini, Sarawak pada Oktober dan kembali ke Lembah Klang pada November ini,

 katanya.


Lokasi Festival Fesyen & Kecantikan sempena sambutan Minggu Usahawan Negara 2022 kali ini adalah di Malaysia Grand Bazaar@ Lalaport Bukit Bintang City Center, sebuah pusat membeli belah baru yang bakal menjadi tarikan utama kepada pengunjung. Dan untuk Kedah, kami memilih Raia Hotel & Convention Center Alor Setar, yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Alor Setar Kedah.


Berkongsi lanjut, Ifa berkata, 2 tempat berbeza dalam masa 7 hari perbezaannya adalah memberi lebih peluang kepada para usahawan untuk mendapat peluang berniaga yang lebih besar.


Kita akan bermula di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 24 hingga 27 Jun 2022 dan kemudian terus ke Raia Hotel & Convention Center, Alor Setar Kedah pada 1 dan 2 Julai 2022 sempena persediaan sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan datang, iaitu pada 10 Julai 2022.


"Tahun ini, kita telah pecahkan rekod kita sendiri untuk buat selama 75 jam bermula jam 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April yang lepas. Jadi, kita ambil caburan dengan mengadakan road tour demi membantu usahawan mendapatkan keuntungan yang berganda, dan paling penting, lokasi yang dipilih adalah lokasi yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi,

 katanya.


Tidak hanya memberi peluang pada usahawan tempatan, Festival Fesyen & Kecantikan sempena sambutan Minggu Usahawan Negara 2022 dan StarVendors Kedah Raya Fest 2022 bakal menyaksikan pembabitan lebih 40 artis terkenal tanah air yang turut membuka 'booth' dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Dato' AC Mizal, Dato' Sri Vida, Dato' Sri Aliff Syukri, Datin Alyah, Datin Fouziah Gous, Dato' Jovian Mandagie, Dato Alha Alfa dan ramai lagi.




Seramai lebih 40 orang artis turut bergabung bersama kita untuk kedua-dua festival ini termasuk juga vendor usahawan lain. Kita juga mengharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia untuk membeli belah dan menyokong usahawan-usahawan kita di kedua-dua lokasi ini.


Selain artis, usahawan terkenal juga turut bersama kita. Kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung iaitu Serifa Beauty, Secret Desire, SugarBomb dan Dr. Kayu.


Kita juga akan mengadakan konsert mini bersama astis terbabit pada malam kemuncak.


Ujar Ifa lagi. 


Menariknya lagi, yang bakal menjadi tumpuan pengunjung juga adalah hadiah cabutan bertuah Hadiah Utama merupakan dua motosikal RXZ dan Pakej Menunaikan Umrah..


Pengunjung hanya perlu membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit dari mana-mana gerai jualan yang ada serta membeli produk premium keluaran Star Vendors bernilai dari RM10 bagi melayakkan mereka menyertai peraduan Shop & Win Havoc di Festival Fesyen & Kecantikan sempena sambutan Minggu Usahawan Negara 2022 dan StarVendors Kedah Raya Fest 2022 ini.


Dengan adanya hadiah utama ini kita dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang terutama dalam kalangan generasi belia. Orang kata sambil membeli di Festival Fesyen & Kecantikan 2022 dan StarVendors Kedah Raya Fest 2022 ini mereka berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan. Satu keluarga boleh datang, tak kira peringkat umur pun


Sebab itu artis yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari artis senior hingga yang baru atau BBNU. Saya percaya setiap artis ini ada peminat mereka baik yang penyanyi atau pelakon,

 katanya.


Jika dilihat semula 'track record' pada Festival Mega Raya Fest yang lalu, kita sudah mencapai jumlah pengunjung seramai 2.6 juta selama 75 jam tanpa henti. Kami akan menggunakan strategi pengiklanan yang sama bagi menjemput pengunjung untuk hadir dan membeli belah di ke semua lokasi yang kami rancang."


Kita sudah buat pelbagai pemasaran seperti billboard, iklan di radio dan video muzik bersama barisan artis atau selebriti yang mempunyai pengikut berjuta. Begitu juga vendor yang mempunyai pengikut mereka tersendiri.


"Jadi harapan saya pada tahun ini akan lebih gah, mega dan menarik lagi,

 katanya.


Jadi, buat anda di luar sana jangan lepaskan peluang untuk memenangi motosikal RXZ dan pakej Umrah dengan mengunjungi booth-booth yang akan dibuka di kedua-dua acara ini serta membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit dari mana-mana gerai jualan yang ada serta membeli produk premium keluaran Star Vendors bernilai dari RM10 bagi melayakkan anda menyertai peraduan Shop & Win Havoc yang hadiahnya merupaka motosikal RXZ dan pakej Umrah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Waaa meriah;ah nanti bila mula jualan.. ramai plak tu artis yang terlibat, termasuk kak KM hahahaha...

    ReplyDelete