Just Seafood Perkenalkan Menu Baru Famous Thai Style Rice Porridge

Nasi air atau Bubur nasi memang agak terkenal di Thailand. Kalau di Malaysia, belah-belah Pantai Timur memang nasi air antara menu kegemaran di sana. Tapi berlainan bagi negeri-negeri lain, menu ini agak kurang dikenali. 




Jadi, bagi memperkenalkan menu nasi air kepada penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Just Seafood telah memperkenalkan menu baru iaitu Famous Thai Style Rice Porridge di restoran mereka. Mereka yang terkenal dengan menu seafood spread, kini memperkenalkan pula nasi air atau bubur nasi dengan empat variasi iaitu ;


1. Famous Thai Style Rice Porridge Giant Garoupa Ribs/Head/Fillet 300g (RM31)


Bubur nasi yang dimasak sempurna dengan sup dari ikan kerapu gergasi ini pasti menambat selera anda. Ikan kerapu yang dihidangkan bersama bubur nasi ini sememangnya dibawakan segar dengan saiz gergasi. 




Dihidang pula dengan sambal yang memberikan rasa bubur nasi ini cukup sempurna untuk dimakan seisi keluarga. Dijual pada harga hanya RM31 semangkuk (mangkuknya cukup besar untuk dikongsi oleh 2 orang dewasa), Famous Thai Style Rice Porridge Giant Garoupa Ribs/Head/Fillet pasti memenuhi citarasa anda.


2. Famous Thai Style Rice Porridge Giant Garoupa Fillet 200g (RM33)


Sama seperti hidangan Famous Thai Style Rice Porridge Giant Garoupa Ribs/Head/Fillet, ikan kerapu yang digunakan sememangnya dibawakan segar dengan saiz gergasi namun di fillet bagi memudahkan pelanggan untuk lebih menikmati keenakan rasa pejal isi ikan kerapu yang segar.




Dihidang pula dengan sambal yang memberikan rasa bubur nasi ini cukup sempurna untuk dimakan seisi keluarga. Dijual pada harga hanya RM33 semangkuk (mangkuknya cukup besar untuk dikongsi oleh 2 orang dewasa), Famous Thai Style Rice Porridge Giant Garoupa Fillet pasti memenuhi citarasa anda malahan anak kecil juga pasti sangat menyukai rasa bubur nasi ini.


3. Famous Thai Style Rice Porridge Large Wild Caught Sea Prawn & Large Oyster (RM24)


Bagi mereka yang mungkin tidak menggemari ikan, jangan bimbang kerana menu Famous Thai Style Rice Porridge turut ada pilihan lain iaitu Famous Thai Style Rice Porridge Large Wild Caught Sea Prawn & Large Oyster yang dihidangkan bersama udang dan isi tiram segar.




Pelanggan yang biasa makan di Just Seafood pasti tahu bahawa di Just Seafood mereka hanya akan menghidangkan hasil makanan laut yang segar dan berkualiti. Udang dan isi tiram yang dihidangkan bersama bubur nasi ini memang sangat segar dan masih terasa manis dan harum bau isi udang dan tiram ketika dimakan bersama bubur nasi.


Dihidang pula dengan sambal yang memberikan rasa bubur nasi ini cukup sempurna untuk dimakan seisi keluarga. Dijual pada harga hanya RM24 semangkuk (mangkuknya cukup besar untuk dikongsi oleh 2 orang dewasa), Famous Thai Style Rice Porridge Large Wild Caught Sea Prawn & Large Oysterpasti memenuhi citarasa anda sebagai pecinta makanan laut malahan anak kecil juga pasti sangat menyukai rasa bubur nasi ini.


4. Famous Thai Style Rice Porridge Giant Freshwater Prawn 250g (RM29)


Aku paling suka yang ini kerana aku adalah peminat udang galah. Famous Thai Style Rice Porridge Giant Freshwater Prawn adalah menu bubur nasi yang dihidangkan dengan udang galah yang bersaiz besar. Bagi peminat udang galah seperti aku, adalah satu kepuasan menikmati bubur nasi dengan udang galah yang bersaiz sebesar ini.




Dihidang pula dengan sambal yang memberikan rasa bubur nasi ini cukup sempurna untuk dimakan seisi keluarga. Dijual pada harga hanya RM29 semangkuk (mangkuknya cukup besar untuk dikongsi oleh 2 orang dewasa), Famous Thai Style Rice Porridge Giant Freshwater Prawn pasti memenuhi citarasa anda sebagai pecinta makanan laut malahan anak kecil juga pasti sangat menyukai rasa bubur nasi ini.


Bagaimana Ingin ke Just Seafood?


Just Seafood terletak di dalam bangunan Sunway Giza, Kota Damansara dan beralamat di ;

Sunway Giza Mall, C-8-G, No.2
Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya,
Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad (12.00 tengahari hingga 10.00 malam)
Tempahan : 012-2290855


Just Seafood Perkenalkan Menu Baru Famous Thai Style Rice Porridge

 
Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari Facebook mereka :




@bebelancikmin Sedap giler menu baru kat Just Seafood ni. korang wajib try! #fyp #myfoodie #myfoodiesharing #myfoodreview #foodie #food #bebelancikmin ♬ Che La Luna - Louis Prima

Post a Comment

4 Comments

  1. Suka gambo atas sekali tu, macam dalam majalah... tak pernah try lagi nasi air, nak cuba laa nanti kalau ke KL..

    ReplyDelete
  2. belum pernah rasa lagi menu nasi air ni....

    ReplyDelete
  3. Ada menu lain jugak ke...hahhaa..selama ni gi makan shellout jer...ok nak try..hehe

    ReplyDelete
  4. Menarik ye menu terbaru kat Just Seafood ni! Thai style porridge ya, something that my mom and I will loved it..

    ReplyDelete