Dato' Sri Aliff Syukri Rasmikan Butik AS Hijab Pertama Di Giant Kota Damansara

Bertempat di G34 & G35 Giant Kota Damansara  semalalam, Dato' Sri Aliff Syukri dan isteri Datin Shahida telah merasmikan butik pertama AS Hijab yang dimiliki oleh Puan Zahirah Soo. Ini adalah butik pertama bagi AS Hijab yang sebelum ini hanya dijual secara online dan di HQ .


Majlis perasmian butik AS Hijab yang pertama di Malaysia ini telah berjalan meriah dengan persembahan tarian singa dan bacaan doa. Persembahan tarian singa diadakan memandangkan Puan Zahirah Soo adalah berketurunan Cina Muslim.



Untuk promosi sempena pembukaan butik AS Hijab pertama di Malaysia ini, AS Hijab printed dan tudung sarung dijual pada harga RM100 untuk 3 helai. Tidak hanya mengeluarkan tudung, AS Hijab turut mengeluarkan telekung dan juga khimar sebagai koleksi mereka.




Ketika ditanya mengapakah Giant Kota Damansara yang menjadi pilihan lokasi pembukaan butik AS Hijab yang pertama di Malaysia, Dato' Sri Aliff Syukri menjelaskan bahawa Giant Kota Damansara adalah lokasi yang startaegik memandangkan pelbagai golongan yang akan mencari barang keperluan harian terutama bagi mereka yang berada di dalam golongan pertengahan.



Bermula dengan suka-suka, AS Hijab dikeluarkan hanya 500 helai pada peringkat permulaan dan kini koleksi  AS Hijab terjual sehingga 250,000 sebulan. Menurut Dato' Sri Aliff Syukri lagi, mereka mensasarkan membuka 20 lagi cawangan di seluruh Malaysia. Justeru itu mereka mencari 18 orang rakan niaga baru untuk kemasukan Ogos bagi meluaskan lagi empayar mereka.


Buat pengetahuan, Dato' Aliff Syukri telah membuka peluang bagi mereka yang berminat dalam dunia perniagaan untuk menceburi dunia perniagaan dengan modal serendah RM350 sahaja. Menurut Datin Shahidah, apa yang penting adalah semangat dan minat mereka untuk terus sama-sama berjaya kerana pihak AS Legacy sendiri akan membimbing para usahawan ini sehingga berjaya.



Bagi mereka yang berminat untuk berjaya di bawah bimbingan syarikat Dato' Sri Aliff Syukri bolehlah menghubungi talian berikut ;


Pn. Zahirah Soo : 016-3616289


Post a Comment

0 Comments