AEON Teruskan Program Berkat Korban 2022 | Dari Masjid Ke Pusat Beli-Belah

Ibadah korban atau dalam bahasa arabnya disebut Udhiyah telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah berdasarkan kepada Al Quran, As Sunnah dan ijmak ulama.




Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al Kauthar: 2)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin di Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu pada menyembelih unta yang tersebut ada kebanyakannya pada kamu,” (Al Haj: 36)

Dan hadis daripada Anas r.a di berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk. Saya melihat Baginda SAW meletakkan kambing itu di bawah dua kakinya dengan menyebut Allah dan bertakbir dan Baginda menyembelih dengan tangannya.” (Nailul Awtar jilid 5 129-130)


Dan seluruh ulama telah sampaikan tentang persyaritan ibadah korban ini. Antara kelebihan ibadah korban ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu anha Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya; “Tidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang korban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah korban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah korban di bumi.” (Diriwayatkan oleh At Tarmidzi)


Hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya dikurniakan sepanjang tahun dan juga dengan menunaikan ibadah korban boleh menghapuskan dosa-dosa kecil serta ibadah korban juga sedikit sebanyak boleh meringankan beban orang yang dalam kesempitan.


Selain dari itu ibadah korban diadakan untuk mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata; “Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)


AEON Teruskan Program Berkat Korban 2022 | Dari Masjid Ke Pusat Beli-Belah


Memulakan Program Berkat Korban sejak tahun sejak tahun 2020, program ini telah memberi kemudahan kepada umat Islam melaksanakan ibadah korban mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Tahun ini merupakan tahun ketiga AEON melaksanakan program Berkat Korban yang telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak sebelum ini. Untuk Berkat Korban 2022, AEON berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm. 


Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, 


Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian,

 AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,

 tambah beliau. 



Berkat Korban 2022 akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu. Program Berkat Korban 2022 menyediakan dua kategori haiwan korban iaitu lembu dan kambing. Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian, harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880. 


Manakala harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200. Harga ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf. AEON mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program ini.


 AEON turut memperkenalkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022. 2 Ustaz Don Daniyal berkata,

Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.


Bagi tujuan tempahan, para pelanggan hanya perlu hadir ke kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau boleh juga menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012 – 759 1816. Inisiatif Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.


Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

Website: www.aeongroupmalaysia.com 

Facebook: www.facebook/aeonretail.com / 

www.facebook.com/MYAEONBiG/ 

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/

www.instagram.com/myaeonbig/?hl=en 

Twitter: @AEON_Malaysia

Post a Comment

2 Comments

  1. Bagusnya laa ada pendedahan macam ni.. lagi di Mall, so orang akan tau harga dan urusanya pun mudah...

    ReplyDelete
  2. Serius dah lama gile tak masuk Aeon. Dulu dok JB sllu masuk sini

    ReplyDelete