AEON Lancarkan Kempen 100 Hari Jimat Poket Bantu Ringankan Beban Rakyat

Prihatin dengan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat, ditambah lagi dengan keadaan inflasi yang dikatakan bakal meruncing Jun ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah mengumumkan inisiatif 100 hari 'JIMAT POKET' dengan kerjasama rakan-rakan niaga yang berlangsung dari 1 Jun 2022 hingga 16 September 2022 sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan peningkatan kos sara hidup.


Terdapat 2 pakej (bundle) menarik diperkenalkan yang terdiri daripada barangan keperluan seperti beras, minyak masak, mee, biskut, kopi, gula dan lain-lain untuk dipilih oleh para pelanggan. 2 pakej (bundle) tersebut adalah ;


✅ Bundle RM60 yang terdiri daripada 15 barangan komoditi
✅ Bundle RM100 yang terdiri daripada 18 barangan komoditi.


Dengan pakej yang ditawarkan, pelanggan dapat berjimat antara RM15 sehingga RM30 daripada harga biasa. 


AEON Lancarkan Kempen 100 Hari Jimat Poket Bantu Ringankan Beban Rakyat



Kami besyukur kerana dapat memperkenalkan inisiatif 'JIMAT POKET' dalam usaha memastikan harga barangan asas tidak melambung secara drastik dan memberi sedikit ruang untuk para pelanggan menyesuaikan diri dengan lanskap pasaran semasa. Melalui kolaborasi dengan rakan-rakan niaga, kami mahukan para pelanggan tahu bahawa kami peka dengan kegusaran mereka. Kami sentiasa mendengar dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat disampaikan memandangkan keperluan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami.

 


Ujar Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON ketika di temui selepas  majlis inisiatif 'JIMAT POKET'  di AEON1000 : Suppliers & Partners Conference 2022 (AEON1000) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


AEON1000 dihadiri oleh kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada para penggerak dan katalis pelbagai industri termasuk FMCG, pembuatan dan pengeluaran makanan, logistik dan rantaian bekalan, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi. Bertemakan 'Melahirkan Komuniti Mampan', tujuan persidangan tersebut adalah bagi mencetuskan tindakan transformasi daripada pelbagai pemegang taruh untuk berjaya di dalam tatacara dan pertumbuhan peruncitan baharu (new retail). 


Ia juga untuk melahirkan komuniti yang mampan yang mampu menempuh cabaran yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia ketika negara terus mara ke fasa pasca pandemik. Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON berkata, 

Di AEON, kami sentiasa komited untuk menggerakkan inisiatif kemampanan kami ke hadapan melalui usahasama dan kolaborasi bersama pemegang taruh. Kami sentiasa percaya bahawa perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang bukan sahaja tentang pulangan kewangan, tetapi juga melindungi alam sekitar, mempertingkatkan motivasi pekerjanya dan dalam kes kami, AEON People, serta meningkatkan komuniti dan ekosistemnya.


Pada majlis itu, para peserta telah diperkenalkan dengan ‘AEON Sustainability Charter’, yang merupakan bentuk komitmen tertinggi oleh AEON ke arah memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


37 buah syarikat telah yang terdiri daripada rakan niaga Merchandise, Penyewa dan Korporat AEON telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan AEON1000 di dalam pelbagai kategori. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Rosol Wahid, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 


AEON1000 adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – 8 dan 17. Fokus masing-masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab lagi inklusif yang berkesan di semua peringkat; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan perkongsian global untuk pembangunan mampan.


Dalam majlis yang berlangsung meriah tersebut, Xiomi turut memperkenalkan Cyberdog yang berkemampuan seperti anjing hidup.




Mengenai AEON Runcit 


AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara.


Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. 


Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean. AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 


Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.


Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

• Facebook: AEON Retail Malaysia 

• Instagram: AEON Retail Malaysia

 • Twitter: AEON Retail Malaysia 

• LinkedIn: AEON Group Malaysia 

• Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com

Post a Comment

2 Comments

  1. Baguslag buat kempen sebegini. Jimat dan AEON ingat rakyat. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Bagus laaa yaaa, lebih banyak penjimatannya dengan kempen macam ni.. ni kang nak singgah aeon sambil nunggu kereta servis...

    ReplyDelete