Hari ini, 8 Mei 2022 aku menerima perkhabaran duka anak saudara di sebelah suami meninggal dunia secara tiba-tiba ketika azan subuh tadi.
Allahyarhamah baru berusia 37 tahun dan belum mendirikan rumahtangga. Menurut kakak ipar aku, Allahyarhamah pagi tadi sekitar jam 5.40 pagi ke bilik air untuk mengambil wudhuk sebelum tiba-tiba rebah dan meninggal tepat ketika azan berkemundang.
Aku sebenarnya agak lama juga tak berjumpa Allahyarhamah. Petang raya pertama hari tu ada la kami singgah sebentar untuk beraya tapi malangnya tiada siapa di rumah mereka. Jadi, teruslah balik ke rumah sebab kebetulan ketika itu kami baru pulang beraya dengan keluarga aku di Bentong. Hajatnya memang nak pergi semula beraya tapi belum berkesempatan. Tup tup hari ni dapat perkhabar duka pula.
Harus Mengikut Prosedur Covid-19
Meninggal ketika musim pandemik sebenarnya tidak mudah. Semuanya harus mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Allahyarhamah sihat sebelum menghembuskan nafas terakhir namun kerana prosedur menetapkan bahawa mayat perlulah menjalankan saringan Covid-19 sebelum boleh dimandikan jenazah dan dikebumikan maka urusan untuk menyempurnakan jenazah seawal mungkin agak tergendala.
Tadi, pihak polis datang terlebih dahulu setelah report di buat. Kemudian pihak forensik pula datang untuk membawa jenazah ke hospital menjalankan saringan Covid-19 sebelum jenazah dibenarkan disempurnakan.
Bagi mereka yang menghadapi situasi sebegini, iaitu menerima berita kematian semasa musim Covid, anda dinasihatkan agar tidak panik. Pastikan mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka sepanjang masa, membersih tangan dengan hand sanitizer dan sebolehnya elakkan untuk membuka mask anda. Kemudian, ikut sahaja prosedur yang telah ditetapkan iaitu membenarkan jenazah dibawa ke hospital untuk saringan Covid-19, Insyallah segalanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
Berbalik kepada kisah anak saudara aku ini, Alhamdulillah urusannya agak mudah kerana pihak forensik tiba lebih awal untuk menguruskan penghantaran jenazah bagi membuat saringan Covid-19. Selebihnya bila jenazah disahkan negatif dari wabak Covid-19 barulah jenazah dihantar ke masjid untuk urusan mandikan jenazah dan pengebumian.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin amin ya rabbal Alamin. Kematian mengejut beliau menyedarkan aku betapa hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan
1 Comments
salam takziah.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. alfatihah..
ReplyDelete