Aplikasi Sujood Bantu Mudahkan Proses Sedekah

Bersedekah merupakan antara amal soleh yang amat besar fadhilat dan ganjaran yang diberikan kepada pelakunya. Firman Allah S.W.T:

 

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

 

Maksudnya: Perumpamaan golongan yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai. Dan di setiap satu batang tangkai itu terdapatnya seratus biji benih. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Memberi Keluasan lagi Maha Mengetahui.



Surah Al-Baqarah (261)

 

Sebagaimana zakat yang disebut sebagai sedekah yang wajib itu mempunyai asnafnya yang tersendiri, demikianlah juga dengan sedekah-sedekah sunat juga turut disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T:

 

وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ

 

Maksudnya: Dan sekiranya kamu menyembunyikannya (sedekah) dan memberikan sedekah kepada golongan faqir maka itu adalah lebih baik buat kamu serta akan menghapuskan dosa-dosa kamu.

 

Surah Al-Baqarah (271)


Namun begitu, dalam arus kemodenan yang kita kecapi kini ada segelintir golongan yang bimbang tentang penipuan oleh golongan-golongan tertentu yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Sudahnya ramai antara kita yang teragak-agak untuk bersedekah kerana takut di tipu.



Aplikasi Sujood Bantu Mudahkan Proses Sedekah


Rakyat Malaysia sebenarnya adalah rakyat yang sangat baik hati dan suka bersedekah dan menderma. Terutama jika ke masjid-masjid atau surau-surau pasti akan ada golongan yang suka menderma. Namun terdapat satu masalah ketika menderma ke tabung-tabung masjid iaitu tabung-tabung masjid sering sahaja dipecahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Memahami tentang kebimbangan itu, sebuah aplikasi yang dinamakan aplikasi Sujood telah dibangunkan bagi memudahkan kita untuk menderma kepada masjid dan surau-surau. tanpa sebarang keraguan kerana melalui aplikasi ini, duit yang didermakan akan disalurkan terus kepada masjid-masjid atau surau yang kita kehendaki.



Antara kebaikan aplikasi Sujood ialah ;

  • Boleh menderma di mana sahaja pada bila-bila masa
  • Boleh menderma walaupun tiada duit kecil
  • Boleh menderma kepada masjid seluruh Malaysia
  • Boleh mengurangkan potensi riak/bangga semasa menderma kerana melalui aplikasi ini tiada siapa yang tahu jumlah yang kita dermakan
  • Boleh menderma tanpa register kerana aplikasi Sujood dibangunkan untuk memberi galakan kepada orang ramai untuk menderma, bukan untuk download aplikasi

Bukan itu sahaja, menariknya tentang aplikasi Sujood ini ialah orang ramai boleh menderma tanpa mendownload aplikasi ini terlebih dahulu kerana Sujood telah membina link untuk setiap masjid dan link tersebut boleh diperolehi samada dari tab 'Direktori Derma' di website Sujood atau dengan menekan butang 'share' di aplikasi Sujood.



Langkah Menggunakan Aplikasi Sujood Untuk Menderma


1. Pilih masjid yang anda ingin dermakan

2. Isikan butiran seperti gambar di bawah. Masukkan jumlah yang ingin didermakan, nama anda, No. telefon dan email anda.

3. Tekan butang 'Sadaqah' seperti gambar berikut.

4. Pilih bank anda

5. Klik 'PROCEED'

6. Selepas pembayaran dibuat, Invoice akan diterima oleh pihak penderma.


Mudahkan sekarang untuk menderma? Jadi tunggu apa lagi? Jom la sama-sama kita menderma dengan Sujood.



Post a Comment

1 Comments

  1. Mudah sangat ni nak beramal kan.. semuanya di hujung jari aja.. Nanti nak jugalah donlod...

    ReplyDelete