AEON TERUSKAN KOLABORASI BERSAMA IKON INDUSTRI Koleksi ready-to-wear (RTW) Ilham Nusantara oleh Dato' Jovian Mandagie SEMPENA RAYA 2022 Eksklusif untuk AEON

Semalam bertempat di AEON Mall Shah Alam, aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran media eksklusif Koleksi AEON Raya 2022 AEON Co. (M) BHD. (AEON) bersama perekan fesyen dan usahawan terkemuka  Dato' Jovian Mandagie.



Untuk koleksi AEON Raya 2022 AEON Co. (M) BHD. (AEON) Dato' Jovian Mandagie ini, tema Nusantara telah diperkenalkan. Ketika ditanya mengapa tema nusantara? Dato' Jovian dengan tegasnya berkata bahawa beliau bangga dengan darah Indonesia-Malaysia yang dimilikinya justeru itu memilih nusantara sebagai tema raya pada tahun ini.



Nusantara adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit, yang bermula pada abad ke-13. Wanita Kepulauan Nusantara, yang sebati dalam sejarah dan budaya dianggap sebagai simbol kecantikan pada waktu itu, telah menjadi inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini.


Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, 

Sesebuah perayaan itu. secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden- sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato' Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya menghasilkan senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami.



Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.


Dato' Jovian Mandagie, salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia, terkenal dengan pengaruh Mal-Indo beliau telah banyak melahirkan rekaan yang mengagumkan dan telah. mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).


Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysia, memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON X JOVIAN adalah direka dengan pendekatan yang sama,

tambah Dato' Jovian Mandagie.



Menurut Low Ngai Yuen lagi, "Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian Raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga termasuk pelitup muka tiga lapis dan KF94 rekaan unggul Jovian Mandagie di dalam reka bentuk baharu untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan."



Mulai 15 April, koleksi tersebut akan tersedia secara eksklusif di tujuh buah cawangan AEON iaitu ;

1. Shah Alam

2. Wangsa Maju

3. Taman Maluri

4. Mid Valley

5. Queensbay

6. Kota Bharu 

7. Tebrau City


serta jualan dalam talian untuk semua pra-pesanan IAEON Lifestyle di https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/jovian-collection-1


Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna. Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my.



Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 - Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.


Mengenai AEON Runcit


AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness dan 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara.


AEON BIG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BIG" di Malaysia. la menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BIG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.


AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah "Pelanggan Didahulukan", pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.


Dengan semangat AEON yang bermaksud 'berkekalan dalam Bahasa Latin, lamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: AEON Retail Malaysia 

Instagram: AEON Retail Malaysia

Twitter: AEON Retail Malaysia 

LinkedIn: AEON Group Malaysia


Post a Comment

1 Comments

  1. Agak-agak laaa kan, mahal tak ekkk.. rata-rata kata mahal, tapi tak sebut harga, nanti nak pi tengok laaaaa

    ReplyDelete