Ziyan Red Velvet Dari Louisa Scarf Yang Mudah Dibentuk Dan Digayakan

Memilih tudung yang selesa memang menjadi keutamaan aku terutama ketika perlu travel.

Bagi aku, perkara yang paling remeh semasa travel biasanya bagi perempuan adalah untuk menggosok tudung.


Sebab itu aku selalunya agak cerewet dalam membuat pemilihan untuk setiap tudung yang aku gayakan.


Biasanya aku tidak hanya melihat pada corak tapi sebaliknya pada jenis material kain tiap tudung yang aku pilih.



Ziyan Red Velvet Dari Louisa Scarf Yang Mudah Dibentuk Dan Digayakan


Baru-baru ni sedang asyik scroll posting di Instagram, mata terus tertangkap pada posting Louisa Scarf. Apa lagi, terus aku klik dan terus ke laman web Louisa Scarf.


Banyak rupanya koleksi dari Louisa Scarf ni dan paling menarik kerana ianya dari material matte satin.


Dalam banyak-banyak koleksi Louisa Scarft ni, aku sangat tertarik dengan koleksinya yang bernama Ziyan Red Valvet.



Ternyata tidak salah pilihan aku kerana Ziyan Red Velvet ni bukan sahaja cantik pada corak dan warnanya tetapi ianya juga tudung segi empat sama yang ;

✔️ Mudah dibentuk
✔️ Awning on point
✔️ Tidak perlu digosok
✔️ Tidak mudah berkedut
✔️ Boleh dipakai dengan pelbagai gaya



Untuk penjagaannya pula adalah disarankan untuk mencuci menggunakan tangan namun ia juga sesuai untuk cucian kering.


Pendapat Peribadi Mengenai Ziyan Red Velvet


Seperti yang aku ceritakan di awal tadi, aku sememangnya tertarik dengan koleksi Ziyan Red Velvet ini mungkin kerana warnanya yang sesuai dengan aku.


Jenis kain satin mattenya yang tak mudah berkedut dan mudah untuk dibentuk dan digayakan memang sangat sesuai untuk aku yang sering sibuk dengan pelbagai acara dan juga sering travel.


Tambahan lagi, Ziyan Red Velvet keluaran Louisa Scarf ini boleh digayakan dengan pelbagai gaya yang bersesuaian untuk sebarang jenis majlis.



Bukan itu sahaja, ianya cukup labuh bagi wanita yang sangat menitik beratkan soal aurat. Terus terang aku sangat suka pada kelabuhan tudung Ziyan Red Velvet dari Louisa Scarf yang mampu menutupi bahagian dada dan belakang badan.


Anda boleh tengok video di bawah untuk melihat bagaimana aku menggayakan tudung Ziyan Red Velvet.
@bebelancikmin Korang pun kalo nak usha tudung boleh la ke laman web www.louisascarf.com@Louisa Scarf #LouisaScarf #LouisaDearies #louisacomfortluxe #hijab #shawl #fyp ♬ at my worst - FOMY


Berikut adalah details untuk Ziyan Red Velvet yang menjadi pilihan hati aku ;

Harga : RM89 (harga asal RM109)
Material : Matte Satin Silk
Keistimewaan : Tidak perlu gosok (ironless), mudah dibentuk, awning on point



Selain koleksi Ziyan, terdapat juga koleksi Sarah, Laura dan Aayra dengan pelbagai warna dan corak mengikut citarasa anda.


Setiap pembelian Louisa Scarf, didatangkan eksklusif dengan kotak Louisa yang sangat menawan. Kini terdapat tawaran beli 3 percuma 3! 


Jangan lupa untuk dapatkan koleksi anda sekarang di ;

Instagram : louisascarf


Post a Comment

3 Comments

  1. Kita ada satu Louisa Scarf ni. Memang betul senang bentuk and tak mudah kedut kan..syok la pakai

    ReplyDelete
  2. Cantik juga koleksinya yaa.. boleh cuba ni beli buat raya.. warna yang Min ni Ziyan pun dah lawaa dah.. Sis suka..

    ReplyDelete
  3. Memang cantik tertarik dbomb lah.. Yang penting, selesa

    ReplyDelete