Belum reda tentang kisah kematian aktress jelita Thailand, Tangmo Nida.
Terkini, majlis kematian Tangmo telah berlangsung selama 3 hari dan dibanjiri oleh tetamu pada setiap hari.
Malah Gatrik, pembantu peribadinya yang turut dituduh bersama merancang kematian dilihat turut hadir pada majlis tersebut.
Majlis itu berlangsung di gereja dan dihadkan kedatangan tetamu kepada 1000 orang sahaja setiap hari.
Apa yang paling menyayat hati ialah apabila Bird, iaitu kekasih Tangmo telah membawa sebentuk cincin yang dikatakan cincin perkahwinan mereka di majlis kematian tersebut.
Cincin tersebut telah ditempah secara rahsia sebelum ini oleh Bird kerana Tangmo sememangnya meminati cincin tersebut dan malangnya cincin itu hanya sampai setelah kematian Tangmo dan lebih tepat lagi pada hari pertama majlis kematian Tangmo.
Terdahulu Bird telah memberitahu Mo Ameena bahawa dia telah berkahwin dengan Tangmo (apa yang dimaksudkan oleh Bird adalah dia menganggap bahawa majlis kematian Tangmo adalah hari perkahwinan mereka).
Bird yang memakai kemeja pink terlihat sugul dan kadangkala menangis sepanjang majlis tersebut.
Kisah ini telah meraih simpati jutaan netizen dari pelbagai pelusuk dunia.
1 Comments
Dengar kisah die sedih juga...
ReplyDelete