Tips Penjagaan Kaki Yang Sihat Dari Sunfeet International Rehab Centre

Kaki adalah salah satu anggota badan yang penting dan harus diberi perhatian. Kaki bukan sahaja membantu kita dalam pergerakkan seharian malah ia juga menjaga keseimbangan badan kita. 



Ramai diantara kita tidak memberi perhatian yang sewajarnya dalam penjagaan kaki. Namun tahukah anda bahawa kaki terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. 


Satu per empat daripada tulang di dalam badan kita terletak di kaki. Jadi, jika tulang-tulang ini tidak sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menimbulkan masalah pada kaki antaranya ialah penyakit, saiz kasut yang salah, kaki yang dimamah usia, peredaran darah yang kurang baik, dan kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul. 




Kaki yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul boleh menimbulkan masalah seperti jangkitan kulat, kulit kaki kering dan pecah, kematu, cekam, atau ketuat. Memandangkan salah satu fungsi kaki ialah menampung berat badan kita, maka masalah pada kaki juga akan berlaku disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. 


Tips penjagaan kaki yang sihat berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda mengamalkan penjagaan dan kebersihan kaki yang baik:

  • Periksa kaki anda setiap hari
  • Basuh kaki dan jari kaki dengan bersih ketika mandi. Keringkan kaki dengan tuala bersih, terutama dicelah-celah jari.
  • Galakkan pengaliran darah ke kaki dengan:
    • Senaman kaki secara berkala
    • Urutan lembut pada kaki
    • Rendamkan kaki dalam air suam dicampur garam
    • Rehatkan kaki di paras yang tinggi sedikit jika lama berdiri atau berasa letih
  • Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:
    • Tekanan akibat kasut yang ketat
    • Duduk terlalu lama
    • Duduk bersilang kaki terlalu lama
    • Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat
  • Gunakan losen pelembab atau krim (juga disyorkan untuk kaum lelaki) pada kaki bagi mengelakkan kulit dan tumit menjadi kering atau merekah.
  • Periksa kaki, terutama dicelah-celah jari, dengan teliti di tempat yang terang.
  • Cari rekahan pada kulit, luka-luka, calar-balar, melepuh, kudis, bisul atau perubahan warna pada kulit kaki.
  • Sentiasa gunakan kasut atau selipar yang lembut dan selesa sama ada di dalam ataupun di luar rumah .
  • Gunakan sarung kaki yang dapat menyerap peluh iaitu dari jenis benang bulu dan kapas. Pastikan ianya tidak terlalu ketat kerana ini boleh menghalang peredaran darah di kaki
  • Tukar sarung kaki setiap hari
  • Pakailah kasut yang sesuai saiz dan selesa . Jangan memakai kasut yang basah.
  • Kuku kaki juga harus diberi perhatian. Potong kuku jari kaki secara lurus melintang dan tidak melengkung atau terlalu pendek. Kemaskan kuku dengan mengikis pinggir kuku untuk menumpulkan tepi yang tajam.
  • Jangan sekali-kali memotong atau mencukur sebarang ketumbuhan pada kaki. Dapatkan nasihat doktor.


Tips Penjagaan Kaki Yang Sihat Dari Sunfeet International Rehab Centre


Baru-baru ini aku berkesempatan berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya.




Sunfeet International Rehab Centre ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis kasut dan keperluan untuk kesihatan kaki malah turut menyediakan khidmat pemeriksaan kaki secara percuma.




Kebetulan di sana ketika itu 'talk show' yang bertajuk The Kaki sedang diadakan dan 'talk' tersebut dilakukan sendiri oleh Dato' Dr. Edmund Lee selalu pemilik Sunfeet International Rehab Centre ini.




Banyak yang telah dikongsikan oleh Dato' Dr. Edmund Lee tentang kesihatan dan penjagaan kaki dan khususnya bagaimana untuk memilih kasut.


Rupanya kasut yang salah dari segi saiz, bentuk dan kepadanan boleh menimbulkan masalah pada kaki. Kasut yang betul, walaupun tidak akan menyelesaikan masalah klinikal pada kaki, ia masih boleh mengurangkan masalah yang dihadapi. 




Semua diantara kita mempunyai kaki yang berbeza saiznya. Dalam kaeadaan ini, belilah kasut berdasarkan saiz kaki yang sesuai dan selesa serta jangan terlalu ketat. Dari segi potongannya pula, pastikan tapak kaki anda berpadanan dengan tapak kasut.


Bagaimana untuk memastikan jenis kaki anda dan kasut apa yang sesuai dengan anda? Jangan bimbang! Di Sunfeet International Rehab Centre ini anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pakar.


Pemeriksaan kaki secara percuma turut disediakan di sini. Selepas membuat pemeriksaan kaki, anda juga boleh dapatkan konsultasi dari pakar namun untuk khidmat ini sedikit bayaran akan dikenakan.



Aku juga berkesempatan hari itu untuk membuat pemeriksaan kaki dan dapatkan konsultasi dari Dato' Dr. Edmund Lee sendiri. Barulah aku tahu bahawa jenis kaki seperti yang aku miliki ini, jika tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan sakit dibahagian belakang badan.



Pendek kata banyak betul tips penjagaan kaki yang aku dapat dari pakar kaki juga pemilik Sunfeet International Rehab Centre ini.


 Antara tips lain yang boleh membantu anda sewaktu membeli kasut ialah:

  1. Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
  2. Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian.
  3. Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaannya.
  4. Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki bergerak didalam kasut.
  5. Tapak kasut yang tebal dan lembut dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras.
  6. Tumit kasut tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan ketegangan

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sama ada pemeriksaan kaki, konsultasi mahu pun ingin mendapatkan kasut untuk kesihatan, jangan lupa untuk berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya ;

Alamat : Sunfeet International Rehab Centre, 
Ground Floor Wisma Daju 5 No 21 Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waze : Starbucks PJ8

Post a Comment

0 Comments