Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik Menerusi DURIOO+

Aku ada berita baik khas buat semua ibu bapa yang menekankan nilai-nilai Islamik kerana pada 18 Februari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+.


Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik Menerusi DURIOO+


Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. 


Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia. 


Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik Menerusi DURIOO+


Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi. 


Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik Menerusi DURIOO+


Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure. 


Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.


Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam,

 

tambahnya lagi. Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam. 


Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. 


Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Anda boleh menggunakan promo kod “MINDURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. 



Buat ibu bapa di luar sana, inilah masanya untuk anda sama-sama mendidik anak anda dengan menekankan nilai-nilai Islamik. Jangan lupa untuk melanggan Durioo+ dan masukkan kod MINDURIOO & dapatkan 30%.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah... Ada cartoon baru! Eicha mmg minat cartoon animasi terutama Omar Hana. Nampaknya Mina Mila ni pun cantik karektor nya. Nanti nak cuba yang promo code tu

    ReplyDelete
  2. Saya suka support anak Malaysia punya production. All the best kepada Durioo!

    ReplyDelete
  3. menarik betul channel islamik kanak-kanak ni..tenang parents nak kasi anak tengok seharian pon kan..

    ReplyDelete