LuLu World Food'22

Sabtu lepas aku berkesempatan singgah ke LuLu KL yang berdekatan dengan Jakel tu. Aku selalu panggil LuLu tu LuLu Capsquare. 


Tak sangka pula rupanya sekarang ni berlangsungnya LuLu World Food'22 yang bermula dari 24 Feb sehingga 9 Mac 2022

Terdapat pelbagai tawaran menarik bukan sahaja untuk makanan tetapi juga bahan masakan, lauk pauk hinggalah ke peralatan memasak.


Sebenarnya aku datang secara kebetulan, jadi bila tahu ada LuLu World Food'22 terus la aku memborong sakan. Memang berbaloi betul membeli belah disaat banyak promosi macam ni


Maklum la harga minyak masak pun bukan main murahnya! Untuk minyak masak jenama Trillon yang 5kg harganya cuma RM27.69

Bagi mereka yang mencari makanan yang sedia dimakan seperti nasi dan roti, aku rasa inilah masanya untuk anda serbu ke LuLu World Food'22 ni kerana harga makanan sepanjang berlangsungnya LuLu World Food'22 ini agak murah dan lebih jimat berbanding biasa.


Harga untuk Briyani Ayam misalnya, baru RM5.47 setiap 250g, Set Kombo Ayam Goreng termasuk air dan coleslaw pula hanya berharga RM9.49. Memang sangat berbaloi!


Itu belum lagi ke bahagian peralatan memasak, aku pasti anda akan rambang mata dibuatnya kerana pelbagai jenis jenama untuk peralatan memasak dijual pada harga lebih murah berbanding biasa.



Oh ye! Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat penjimatan yang besar dengan setiap pembelian RM50 dalam satu resit kerana jika anda berbelanja RM50 dalam satu resit dari bahagian pasar raya anda berkelayakan untuk menikmati RM25 baucar diskaun!




Tapi ingat! Potongan RM25 adalah sah terhadap pembelian RM100 pada jenama terpilih daripada barangan Deparment Store (kecuali bahagian elektronik/elektrik/IT & mudah alih) dalam satu resit sahaja (tidak termasuk pembelian item semasa promosi)



Jadi tunggu apa lagi? Jom la serbu ;

✔️ LuLu KL
✔️ LuLu 1Shamelim Mall
✔️ LuLu Setia City Mall
✔️ LuLu Online Shopping


Masih sempat lagi ni! Tapi cepatlah kerana LuLu World Food'22 akan berakhir pada 9 Mac 2022.


Untuk maklumat lanjut mengenai LuLu World Food'22, anda boleh layari ;

Facebook : LuLu Hypermarket
 Instagram : luluhypermarketkl

Post a Comment

1 Comments