Bufet Ramadan Warisan Bonda di Mardhiyyah Hotel & Suites

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, antara tempat yang tidak pernah aku missed ialah Mardhiyyah Hotel & Suites kerana masakannya sangat enak.


Boleh dikatakan setiap tahun aku akan mencuba pelbagai makanan yang ada di sini. Jujur, Mardhiyyah Hotel & Suites adalah antara hotel yang menyediakan masakan yang enak dan berbaloi untuk di cuba. Jadi seperti tahun-tahun yang sudah, aku berkesempatan untuk merasai masakan yang bakal dihidangkan sepanjang bulan Ramadan nanti di Mardhiyyah Hotel & Suites menerusi bufet Ramadan preview yang diadakan baru-baru ini.


Bufet Ramadan Warisan Bonda di Mardhiyyah Hotel & Suites


Untuk tahun ini, Mardhiyyah Hotel & Suites bakal menghidangkan  Bufet Ramadan Warisan Bonda yang  menawarkan pelbagai pilihan masakan berasaskan menu  seperti air tangan bonda. Antara menu utama yang akan diketengahkan adalah masakan tempatan seperti Nasi Putih, Nasi Kandar, Nasi Minyak, Ayam Rempah Kuzi, Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh, Rendang Daging Bonda, Kambing Penanggah, Udang Telur Asin, Sotong Kam Heong, Wok Goreng Baby Kailan dengan Bawang Putih dan macam-macam lagi pilihan yang ada. 



Untuk menambah aneka makanan warisan, chef terbaik Mardhiyyah Hotel & Suites menyediakan variasi sambal seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam, Sos Percik, Sambal Kicap Pedas untuk dipadankan bersama ulam-ulaman. Tambahan pula, Kerabu Ayam, Kerabu Kacang Botol, Jantung Pisang, Kacang Panjang Rojak Buah, Popiah Basah, Jeruk Buah Cermai, Kelubi, Betik, Salak & Anggur menjadi pelengkap hidangan berkonsepkan warisan. 


Tidak dilupakan masakan pilihan antarabangsa. Antaranya Garden Salad, Tuna Salad, Grill Chicken Salad, Coleslaw, Classic Macaroni Salad dan Italian Dressing, Sushi, Maki & Tempura Mariowase, dan aneka jenis pasta. 


Selain itu, suasana yang sedia ada indah di Royale Songket akan diserikan dengan Makanan tradisional. Para tetamu boleh melihat barisan aneka makanan seperti “Paling Hangat” Smokey Hickory Roasted Whole Lamb, Makanan Masakan Selera Timur Tengah, Penang Best, Masakan Panas, Bazaar Minuman, Masakan Cina dan Jepun, Masakan Aneka Mee, Aneka Cucur dan yang dinanti-nanti iaitu Hidangan Pemanis Selera.



Seperti tahun sebelum ini, Smoke & Grill menjadi tarikan terhangat dalam Bufet Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites . Untuk Bufet Ramadan Warisan Bonda kali ini, barisan Chef sekali lagi membawakan kepada tetamu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama Sayur Pangang dan dilengkapkan dengan Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan. 



Disamping itu, tetamu boleh menikmati masakan panas di mana chef Mardhiyyah Hotel & Suites  akan membuat “live cooking”. Antara pilihan menu yang boleh dinikmati adalah Mee Goreng Mamak & Penang Char Koey Teow. Tetamu juga boleh menikmati variasi Laksa, Sup Ayam Utara, Nasi Kuning, Chicken Mandy, Roti John Briyani Daging, Murtabak Ayam dan tidak dilupakan Bubur Lambuk.


Apabila seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, sudah pastinya pilihan minuman yang disediakan melengkapi juadah iftar para tetamu. Oleh itu, hilangkan dahaga dengan pelbagai jenis minuman panas mahupun sejuk seperti Brewed Premium Coffee, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sweet Corn Drink, Blue Lime Soda, Iced Chocolate, Sirap Bandung dan Soya Bean.



Selepas mencuba hidangan bufet utama yang pelbagai, hidangan pemanis selera pasti terus membangkitkan selera para tetamu. Mesti cuba hidangan pemanis mulut pula! Chef Pastri  Mardhiyyah Hotel & Suites menyediakan aneka kuih tradisi melayu yang utama, Sago Gula Melaka, Chilled Honey Dew dengan Pearl Sago, Agar-Agar dan Pudding, Ais Kacang, Waffle, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Red Velvet, Chocolate Moist Cake, Brownies, Dates, Bread & Butter Pudding dan Aneka Buah-Buahan.



Untuk makluman, Bufet Ramadan Warisan Bonda ini juga menyediakan pakej hidangan untuk bersahur. Tetamu boleh datang ke Royale Songket untuk bersahur di mana hidangan utamanya adalah Nasi Putih, Fried Noodle With Seafood, Ayam Masak Hitam Manis, Daging Kerutub, Kari Ikan Bawal Berkerisik, Udang Goreng Kunyit, Mix Vegetable with Oyster Sauce, dan Fried Japanese Beancurd in Crabmeat Sauce. 


Disediakan juga pilihan juadah ringan untuk tetamu. Antaranya, Variasi Salad seperti Tuna Salad with Pasta, Roasted Chicken Salad with Corn, Bubur Berlauk bersama Ayam Kunyit, Sambal Bilis, Telur Masin, Ikan Masin, Kangkung Belacan, Daging Merah dan Sup Ayam.


Melengkapkan set hidangan sahur ini dengan aneka pastri dan pencuci mulut seperti Croissant, Chocolate Roll, Vanilla Sultana, Muffin, Apple Strudle, Bread Loaf, Bun, Rolls dan Toast, Bubur Kacang Merah, Aneka kek juga bersama minuman Kopi dan Teh Tarik panas, Jus Mangga dan Susu Segar.


Bufet Sahur pula bermula seawal jam 4.00 pagi hingga 5.40 pagi. Harganya adalah RM 65 bersih untuk dewasa, RM 55.00 bersih untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas seterusnya kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun adalah RM 45.00 bersih. Majlis Tertutup juga disediakan dengan hidangan Bufet dengan harga RM 100.00 bersih untuk seorang.


Bufet Ramadan Warisan Bonda dibuka setiap hari bermula 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Waktu operasi dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. Harga bagi Bufet Ramadan RM 145.00 bersih seorang untuk dewasa, RM 110.00 bersih bagi Warga Emas 60 tahun ke atas manakala RM 90.00 bersih bagi Kanak-kanak berumur 6-12 tahun. 



Sementara itu, untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harga yang ditawarkan adalah RM 200.00 bersih bagi seorang dewasa dan seorang kanak kanak. Jangan lepaskan peluang mendapatkan harga potongan istimewa untuk tempahan awal dan bayaran RM 110.00 bersih diperlukan sebelum 1 Ramadan untuk dewasa. 

 
Istimewa inklusif untuk ramadan  Mardhiyyah Hotel & Suites menawarkan Promosi harga Bilik Istimewa berharga RM 250.00 berserta sahur untuk 2 dewasa & tawaran diskaun sebanyak 10% Bufet Iftar Ramadan. Set Hamper Raya Mardhiyyah juga disediakan dengan aneka jenis biskut raya. Semuanya terdapat pada harga RM 120 bersih sahaja.



Promosi Tempahan Awal (Bayar Sebelum 1 Ramadan)

 

Dewasa

RM110.00 nett

 

Warga Emas (60 tahun ke atas)

RM110.00 nett

 

Kanak-Kanak (6-12 Tahun)

RM90 nett

 

Promosi Harga Biasa (2 Ramadan – 29 Ramadan / 4 Apr – 1 Mei 2022) * Harga Isnin – Ahad

 

Dewasa

RM145.00 nett

 

Warga Emas (60 tahun ke atas)

RM110.00 nett

 

Kanak-Kanak (6-12 Tahun)

RM90.00nett

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

 

Dewasa + Kanak-Kanak (1 Dewasa + 1 Kanak-Kanak

RM200.00 nett

 

Promosi Bufet Sahur

 

Dewasa

RM65.00 nett

 

Warga Emas (60 tahun ke atas)

RM55.00 nett

 

Kanak-Kanak (6-12 Tahun)

RM45.00 nett

 

Promosi istimewa bilik Deluxe : RM250.00 nett + Sahur untuk 2 dewasa + 10% Ramadan Iftar

 



TENTANG MARDHIYYAH HOTEL & SUITES


Mardhiyyah Hotel and Suites, hotel antarabangsa patuh-syariah bertaraf 5 bintang, Nama jenama Mardhiyyah, perkataan Arab yang bermaksud Yang diredhai, dinamakan sendiri oleh pemilik Dato 'Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris yang juga merupakan Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.


Hotel ini terletak di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor, Mardhiyyah Hotel and Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat kerajaan.


Mardhiyyah Hotel and Suites hotel ini dahulunya dikenali sebagai Grand BlueWave Hotel Shah Alam dinobatkan sebagai pemenang bagi Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC). Anugerah platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel konsep 'Mesra Muslim' dengan peralatan dan kemudahan yang mematuhi syariah.


Sebagai ciri pelancongan yang mesra Muslim, ia mempunyai restoran halal dengan disahkan oleh JAKIM.Selain itu, Mardhiyyah Hotel and Suites telah dinilai dan disahkan memenuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS. Ini membuktikan hotel ini memenuhi kriteria memiliki Chef beragama Islam (untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan), Penasihat Syariah dan Jawatankuasa Syariah dan Pemilik Muslim.


Mardhiyyah Hotel and Suites diurus & dimiliki oleh Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.
Tel: 03 5511 8811 Faks: 03-5511 1833

*Klik link ini untuk hotel review https://t.me/hotelreviewbymin


Post a Comment

1 Comments

  1. Semuanya sedap belaka. Puas menjamu selera berbuka puasa di sini.

    ReplyDelete