Setelah 2 tahun kita 'terperangkap' di dalam rumah akibat COVID-19, pada tahun ini Alhamdulillah kita kembali menjalani kehidupan yang normal walaupun dalam kedaan norma baru.
Rancak di sana sini dengan persediaan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Antara hotel yang tidak ketinggalan membuat persediaan rapi menjelang Ramadan sudah pastilah Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Pada tahun ini, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bakal menghidangkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad Bin Othman dan pasukannya.
Bufet Ramadan yang bertemakan Bufet Citarasa Zaman Berzaman akan diadakan di Zende Restaurant yang terletak di aras 1 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu tradisional "mesti cuba" di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk Sup Gear Box Power, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan dan Satay.
Bagi peminat pemanis mulut pula, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keenakan rasa Pulut dan Serawa Durian, Pengat Pisang, ABC dan pelbagai kuih muih Melayu.
Terdapat juga pelbagai 'stall' makanan disediakan yang menghidangkan mee goreng, kuey teow goreng, laksa dan mee rebus di sini bagi memenuhi citarasa pelanggan yang sukakan hidangan mee.
Bukan itu sahaja, malah terdapat persembahan secara langsung oleh kumpulan "Orkes Sri Johor" akan menghiburkan para tetamu dengan alunan ghazal dan tradisional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan Puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan.
1 Comments
Meriahnya lauk buffet kat sini. Seronok tgk ramadhan kali ni dah start meriah balik dgn event2 buka puasa kat hotel2. Cuma harapnya hotel masih lagi hadkan jumlah pelanggan supaya boleh jaga penjarakan sosial. Selamat menyambut bulan puasa!
ReplyDelete