9 Luka Dan Terdapat Kesan Gigi Patah Namun Pihak Forensik Polis Thailand Bertegas Tiada Unsur Khianat Atas Kematian Tangmo

Kecoh di media sosial tentang mayat Tangmo, artis Thailand yang meninggal akibat jatuh dari bot pada Feb yang lalu.


Kematiannya menjadi kontroversi kerana terdapat banyak bukti yang menunjukkan kematiannya bukan satu kemalangan.


Bagaimanapun, Polis Thailand menolak dakwaan terdapat unsur khianat dan bertegas bahawa kematian Tangmo adalah akibat kemalangan.


Terkini dikatakan terdapat 9 kesan luka pada mayat mendiang Tangmo malah giginya turut dikatakan patah.


Malah ada bukti footage CCTV menunjukkan bahawa mendiang Tangmo telah dikasari sebelum ditolak ke dalam sungai.


Terbaru, pihak Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis mendapati tiada tanda-tanda yang menunjukkan wanita berkenaan dipukul.


Ia sebagai menjawab dakwaan rakan mendiang, pelakon Ekkapun Tide Bunluerit yang memberitahu dalam sebuah rancangan TV bahawa muka Tangmo mungkin terkena objek keras kerana terdapat lebam pada sekeliling mata kanan. Beberapa batang gigi juga didakwa patah.


Ketua Institut Perubatan Forensik (IFM), Supichai Limsiwawong berkata kepada Bangkok Post, doktor yang menjalankan bedah siasat memaklumkan mayat Tangmo mengalami beberapa luka, terutama yang besar ditemui pada paha kanan.


Bagaimanapun, dia masih belum menerima laporan berhubung sebarang kecederaan di kepala.


Sampel tisu dari mayat Tangmo telah dihantar ke dua buah hospital untuk pemeriksaan. Bagaimanapun keputusannya masih belum diterima.


Setakat ini, dua rakan bot Tangmo iaitu Tanupat Por Lerttaweewit dan Phaiboon Robert Trikanjananun telah didakwa kerana mengendalikan kapal tanpa lesen dan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.


Kes ini menjadi perdebatan hangat netizen di media sosial malah gambar terakhir tangmo turut dikatakan telah diedit bagi memngelirukan pihak polis tentang masa sebenar kematian Tangmo.



Post a Comment

2 Comments

  1. semoga yg bersubahat bunuh dia mati terseksa..hahaha..nak maroh rasa.. kejam nya mereka

    ReplyDelete
  2. saya pun hairan kenapa isu ini masioh lagi panas

    ReplyDelete