Terlalu Mirip Aliff Syukri, Kini Salih Ucan Popular di Malaysia

Agak terhibur aku sejak semalam membaca komen-komen netizen di ruangan komen facebook Turkish Football gara-gara kerana seorang pemain bola sepak negara itu terlalu mirip dengan Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris.



Semuanya bermula dengan photo pemain bola sepak Turki itu dimuatnaik ke Facebook Page Turkish Football yang kemudiaannya disedari oleh rakyat Malaysia dan menjadi viral serta menerima beribu-ribu komen dari netizen Malaysia. Posting itu sahaja telah dikongsi sebanyak 5.8k oleh netizen.



Apa yang lebih lucu kerana pada keesokkan harinya Facebook Page Turkish Football memuatnaik status berikut ; 


Keadaan ini sangat menghiburkan bukan sahaja rakyat Malaysia malah oleh rakyat Turki sendiri. Tahniah Salih Ucan kerana kini popular di Malaysia dan tahniah Dato' Aliff Syukri kerana kini popular di Turki pula..

Post a Comment

4 Comments

  1. Hahahaha sengal si Najeeb hahahaha.. Tapi memang yaaa, sama betul kannnn.. tu nanti mulalah Aliff tumpang glamour, nak jumpa si Salih ni..

    ReplyDelete
  2. Haaa... sebijik lah.. Boleh buat berlakon filem ni. Backup

    ReplyDelete
  3. serius memang sama, mata sepet sebelah, netizen malaysia kan worrior tengelam terussss dah orang turki adohaii! komen pertama tu macam kenal dah sape..

    ReplyDelete