Dr. Azizan Osman Berjaya Ubah Sikap Asyraf Khalid

Bercerita tentang Asyraf Khalid, aku sebenarnya mengenali beliau secara peribadi sejak tahun 2015 lagi kerana kami bekerja di bawah satu bumbung.



Pendek kata sejak dia masih bujang lagi. Asyraf Khalid yang aku kenal sememangnya punya peribadi yang baik yang menghormati orang tua dan lembut tutur bicara.



Lama tidak bersua muka, dengar-dengar sekarang Asyraf Khalid telah berjaya dalam perniagaan bersama isteri tercinta Tya Ariffin. Bisnes Mutyaranya benar-benar berjaya.



Menurut bapanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang lebih dikenali sebagai Datuk K, kejayaan Asyraf ini adalah kerana hasil bimbingan mentornya iaitu Datuk Wira Dr. Azizan Osman.


Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Dr. Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.




Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik, 

katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 




Menurut Asyraf lagi, beliau melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 


Datuk K, yang menyambut ulang tahun kelahirannya juga menyatakan rasa cemburu dan kagum dengan kebolehan Azizan yang mampu melahirkan ramai usahawan jutawan.


Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya. 


Tahniah buat Dr. Azizan yang berjaya membantu Asyraf Khalid untuk berubah dan tahniah juga buat Asyraf kerana berjaya melakukan perubahan yang besar dalam hidup.


Post a Comment

2 Comments

  1. Memang bagus ni, kadang kejayaan tu datang dari keluarga juga kan Min... tahniah buat Asraf dan Tya...

    ReplyDelete
  2. tahniah buat Asyraf, semoga terus berjaya

    ReplyDelete