Wordless Wednesday | Sesaknya Saloma Bridge

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk ke Pintasan Saloma (Saloma Bridge) setelah sekian lama tertangguh hasrat nak ke sana. Kebetulan aku memang menginap di EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur .


Wordless Wednesday | Sesaknya Saloma Bridge

Dari hotel, aku menggunakan perkhidmatan Grab memandangkan tak jauh dari hotel ke Saloma Bridge. Hujung minggu di Kuala Lumpur..faham-faham sajalah bagaimana sesaknya, lebih mudah jika menggunakan Grab. Sekurang-kurangnya jimat parking dan masa.


Walaupun aku dah agak yang Saloma Bridge akan sesak tetapi aku tidaklah menyangka sama sekali yang keadaan di Saloma Bridge lebih sesak dari jangkaan aku. Terlalu ramai orang hinggakan tiada lagi penjarakan fizikal apatah lagi SOP.


Jujur, agak seram dengan keadaan yang sesak aku dan suami ambil keputusan untuk pulang walau tidak sampai setengah jam di sana. Jadi kalau anda berhajat untuk ke Pintasan Saloma pada hujung minggu, batalkan niat anda dan pergilah pada hari lain. Sangat sesak ye!

Post a Comment

0 Comments