Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur

Hujung minggu lalu berkesempatan untuk mencuba penginapan di EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur. Hotel 3 bintang ini terletak betul-betul ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi berada di Jalan Raja Laut, Chowkit ,Kuala Lumpur.


Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur

Sengaja aku memilih hotel ini kerana kedudukannya yang strategik untuk aku dan suami berjalan-jalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 


Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur


Bilik yang kami pilih ialah jenis Deluxe Room. Sesuailah untuk kami suami isteri menginap untuk 1 malam. 


Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur

Bilik yang kami menginap ini dilengkapi dengan ;


  • Air-Conditioning
  • IDD telefon
  • Astro cable TV with entertainment, news and sport programme (ESPN)
  • Coffee/Tea making facilities 
  • Minibar
  • Electronic Card Lock System
  • In room Safe Deposit Box
  • Sejadah
  • Private Bath
Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur

Untuk bilik jenis Deluxe Room ini harganya bermula dari RM210/malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Cuma yang berbezanya sarapan pagi hidangan buffet hanya akan dihidang jika anda datang secara berkumpulan. Jika tidak, hidangan sarapan akan dihantar ke bilik pada pukul 8 pagi. 


Seperti aku haritu, sarapan kami telah dihantar ke bilik tepat pada pukul 8 pagi. Kami dihidangkan dengan nasi lemak, ayam goreng, kuih muih dan seteko teh dan seteko kopi panas.


Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur


Terdapat 242 buah bilik yang ada di EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur ini dengan kategori bilik terbahagi kepada ;


  • Standard Room (Harga Bermula Dari RM150/malam)
  • Standard Triple (Harga Bermula Dari RM200/malam)
  • Deluxe Room (Harga Bermula Dari RM210/malam)
  • Triple Deluxe (Harga Bermula Dari RM250/malam)
  • Junior Suite (Harga Bermula Dari RM450/malam)
  • Ambassador Suite (Harga Bermula Dari RM550/malam)
  • Presidential Suite (Harga Bermula Dari RM750/malam)

Service & fasilitinya pula agak lengkap walaupun hotel ini hanya bertaraf 3 bintang ;

  • Surau
  • Sudirman Cafe & Restaurant Sri Raja Laut
  • Room Service from 10.30 am to 10.30 pm
  • Business Center Service
  • Information Center
  • Dry Cleaning & Dry Cleaning Service
  • 24 hour reception & CCTV surveillance
  • Safe deposit box and luggage room
  • Concierge service
  • Up to 140 parking space
  • Gym
  • Limousine and Taxi
Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur
Sebenarnya aku ada menulis artikel tentang buffet ramadan review di EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur sebelum ini. Boleh klik pautan ini jika ingin membaca tentang makanan ketikabulan puasa di sini https://www.bebelancikmin.com/2021/04/hidangan-buffet-bawah-rm100-di-koptown.html


Tempat Yang Aku Teroka Sekitar EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur


Tak banyak tempat yang aku pergi kerana aku check-in dah lewat petang kerana ada urusan kerja sebelum bertolak ke hotel ini. Cuma pada sebelah malamnya aku dan suami pergi makan ikan singgang di Selera Ikan Singgang. 


Memandangkan hotel hanya berdekatan jadi kami mengambil keputusan tidak memandu tetapi menggunakan grab untuk berjalan sekitar Kuala Lumpur. Dari EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur ke Selera Ikan Singgang cuma RM8.35 (haha..harga grab dah naik, kalu dulu cuma RM5-RM6 je)

Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur
Selesai menikmati makan malam, kami ke Pintasan Saloma. Harga yang sama iaitu RM8.35 dari Selera Ikan Singgang ke Pintasan Saloma.


Cuma aku ingin menasihati jika ingin ke Pintasan Saloma, seeloknya jangan pergi ketika hujung minggu sebab keadaannya yang sesak dan langsung tiada penjarakan fizikal apatah lagi untuk mematuhi SOP. Kami pun pergi sekejap sahaja dan terus ambil keputusan untuk pulang ke hotel memandangkan keadaan yang sesak di Pintasan Saloma.

Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur


Keesokkan harinya pula, kami tak kemana-mana cuma sebelum pulang ke Klang kami singgah bungkus makanan di restoran Nasi Kapau Masakan Minang yang memang terkenal dengan keenakan masakan Minang asli. Restoran ni memang sentiasa ramai orang tak kira siang atau malam, orang memang akan beratur panjang.

Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur


Itulah sedikit perkongsian aku tentang EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur dan tempat sekitar yang anda boleh teroka sekitar Kuala Lumpur.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur, anda boleh layari laman web mereka di https://www.edckl.com.my/


Post a Comment

1 Comments