Wordless Wednesday | Happy Birthday To Me

Alhamdulillah 9 Disember yang lalu aku menyambut hari lahir yang ke 41. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan aku usia yang lanjut sehingga kini, sihat tubuh badan dan mencukupi segala keperluan aku.


Untuk sambutan ulang tahun ke-41 ini, aku dan suami telah merancang percutian singkat di Avani Sepang Goldcoast Resort. Maklumlah setelah 2 tahun terkurung sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia, inilah masanya yang sesuai untuk aku dan suami meraikan hari bermakna buat aku.


Wordless Wednesday | Happy Birthday To Me

Tiada kata yang dapat aku gambarkan kegembiraan dan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana memberkati usia aku sehingga kini. Aku berdoa dan berharap agar aku menjadi hambaNya yang taat, solehah dan dikurniakan syurga dipengakhiran kisah hidup aku nanti. Apa pun, happy birthday to me! Buat diri ini, tahniah kerana berjaya menghadapi liku-liku kehidupan sehingga kini. Semoga Allah permudahkan segala urusan duniawi dan akhirat, semoga diluaskan pintu rezeki seluas-luasnya dan diberikan keberkatan hidup dalam berumahtangga dan terus dibimbing hingga ke syurga. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Post a Comment

1 Comments

  1. wow..masih nampak muda...happy besday..semoga dipermudahkan sgla urusan dunai dan akhirat

    ReplyDelete