Pengurangan Kadar Kompaun Saman Sehingga 80% Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

Ini berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia apabila kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi pengurangan kadar kompaun saman sehingga 80%.


Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.


Pengurangan Kadar Kompaun Saman Sehingga 80% Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021


Pembayaran saman boleh dibuat melalui ;


  • Semua kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara
  • Portal dan Aplikasi MyBayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

Diharapkan dengan pengurangan kadar kompaun saman sehingga 80% yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 ini akan meringankan beban bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan saman yang perlu dibayar saat ekonomi kita tidak berapa kukuh sejak dilanda pandemik COVID-19

Sumber : Jabatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Post a Comment

1 Comments

  1. Ada masa lagi untuk bayar
    Tak payahlah beratur panjang kat kaunter

    ReplyDelete