Merancang Percutian ke Kuala Lumpur? Ini Senarai Hotel Yang Boleh Anda Diami

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dimansuhkan, ramai diantara kita mula mencari tempat percutian di dalam negara.  Antara tempat percutian yang menjadi pilihan ramai sudah pastilah Ibu Negara Malaysia iaitu bandaraya Kuala Lumpur.


Jika anda merancang percutian ke Kuala Lumpur, berikut adalah senarai hotel yang boleh anda pilih ;


1. 8 Kia Peng Suites


8 Kiang Suites terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iatu di 8, Jalan Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur. 


Buat pengetahuan, 8 Kia Peng Suites ini baru sahaja beroperasi pada 15hb November 2021 yang lepas. Bertepatan dengan namanya 8 Kia Peng Suites, penginapan di sini sudah pastinya berkonsepkan suites, bukan seperti bilik hotel yang biasa.


Terdapat 4 jenis penginapan yang ditawarkan di 8 Kia Peng Suites iaitu ;


  • 1 + 1 Suite
  • 2-Bedroom Suite
  • 2 + 1 Duplex Suite
  • Penthouse

Untuk setiap suite turut disediakan dengan segala kelengkapan seperti ;

  • Mesin basuh yang lengkap dengan pengering
  • Peti sejuk
  • Microwave
  • Dapur untuk memasak
  • Cerek elektrik
  • Pinggan mangkuk
  • Periuk dan kuali
  • Peralatan memasak
  • Iron dan iron board
  • Hair Dryer
  • Segala kelengkapan sama seperti di bilik hotel

Malah Netflix juga turut disediakan bagi bagi memenuhi keperluan penginap untuk menonton filem kegemaran mereka bersama keluarga


Merancang Percutian ke Kuala Lumpur? Ini Senarai Hotel Yang Boleh Anda Diami


Buat masa sekarang terdapat hotel promo semperna pembukaan 8 Kia Peng Suites


2. Arte Mont Kiara


Nama Arte Mont Kiara agak viral kebelakangan ini kerana dekorasinya yang sangat indah. Terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Arte Mont Kiara sebenarnya menyediakan 4 suites yang berlainan iaitu Arte By Thomas Chan, Ami Suites, Zetter Suites dan KL Staycation Suites namun kesemua suites ini berkongsi fasiliti yang sama.


Merancang Percutian ke Kuala Lumpur? Ini Senarai Hotel Yang Boleh Anda Diami

Merancang Percutian ke Kuala Lumpur? Ini Senarai Hotel Yang Boleh Anda Diami

Jika anda cintakan rekabentuk yang penuh keindahan, Arte Mont Kiara adalah tempat yang sesuai buat anda sekeluarga.



3. Hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown



Hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown terletak betul-betul ci Chinatown Kuala Lumpur. Lokasi ini sebenarnya sangat strategik jika anda ingin bercuti. Di sekitar hotel ini terdapat Kwai Chai Hong yang agak viral kebelakangan ini.


Tambahan lagi hotel ini sangat selesa dan cantik. Makanan yang dihidangkan di sini juga semuanya enak belaka.



Merancang Percutian ke Kuala Lumpur? Ini Senarai Hotel Yang Boleh Anda Diami



4.  EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur


Hotel 3 bintang ini terletak betul-betul ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi berada di Jalan Raja Laut, Chowkit ,Kuala Lumpur.


Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur

Terdapat 242 buah bilik yang ada di EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur ini dengan kategori bilik terbahagi kepada ;


  • Standard Room (Harga Bermula Dari RM150/malam)
  • Standard Triple (Harga Bermula Dari RM200/malam)
  • Deluxe Room (Harga Bermula Dari RM210/malam)
  • Triple Deluxe (Harga Bermula Dari RM250/malam)
  • Junior Suite (Harga Bermula Dari RM450/malam)
  • Ambassador Suite (Harga Bermula Dari RM550/malam)
  • Presidential Suite (Harga Bermula Dari RM750/malam)

Service & fasilitinya pula agak lengkap walaupun hotel ini hanya bertaraf 3 bintang ;

  • Surau
  • Sudirman Cafe & Restaurant Sri Raja Laut
  • Room Service from 10.30 am to 10.30 pm
  • Business Center Service
  • Information Center
  • Dry Cleaning & Dry Cleaning Service
  • 24 hour reception & CCTV surveillance
  • Safe deposit box and luggage room
  • Concierge service
  • Up to 140 parking space
  • Gym
  • Limousine and Taxi
Hotel Review | EDC Koptown Hotel Kuala Lumpur

Itulah antara senarai hotel in Kuala Lumpur yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan anda sepanjang percutian. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk membuat pilihan tempat penginapan.



Post a Comment

2 Comments

  1. menariklah hotel-hotel yang ada dalam senarai semuanya belum pernah stay... bolehlah lepas ni kita check in satu persatu... booking dekat trivago mudah kan!

    ReplyDelete
  2. Menarik sangat... Memang kalau nak singgah KL nak juga singgah hotel... Tapi KL banyak pilihan hotel... Bila ada yang suggest macam ni... Mudah la sikit bab nak cari hotel yang selesa di KL...

    ReplyDelete