KEPUTUSAN MESYUARAT TASK FORCE PENGURUSAN PASCA BANJIR DAN KESIAPSIAGAAN GELOMBANG KEDUA BENCANA BANJIR

BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

RM1,000 (Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas bencana banjir)

RM10,000 (Waris mangsa bencana yang meninggal dunia)

Bantuan diselaraskan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM.

3 kaedah penyaluran BWI :

i. Serahan tunai di PKOB

ii. Serahan tunai rumah ke rumah

iii. Pemindahan tunai secara atas talian (EFT)

Hanya perlu pengesahan oleh Ketua Komuniti yang dipertanggungjawabkan tanpa mengisi sebarang borang permohonan.

Agihan BWI sehingga 27 Disember 2021: RM34 juta

Telah memanfaatkan 34 ribu KIR di seluruh negeri yang terjejas bencana banjir

Usaha mengenalpasti mangsa yang tidak berdaftar sedang giat dilaksanakan oleh PKOB dan ICU.


PEMBERSIHAN PASCA BANJIR

Atur gerak sinergi aset-aset kerajaan dan keperluan aset daripada pihak swasta/NGO/individu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Penyediaan stesen pemindahan sisa pepejal sementara oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu memastikan kelancaran laluan jentera pembersihan ke stesen yang ditetapkan.


KAWASAN ANGKAT

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai penyelaras kawasan angkat:

- Pembahagian kepada semua Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan.

- Mobalisasi anggota Perkhidmatan Awam bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan. 


PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR AWAM

Pembaikan segera seperti jalan perhubungan, tembatan banjir, pembentungan, saliran dan utiliti diselaraskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan KASA melalui kaedah perolehan oleh Kementerian Kewangan (MOF) demi kepentingan awam.

MEKANISME PENGURUSAN BENCANA

Kesiapsiagaan terus diteliti dan diperkemaskan tertakluk kepada arahan YAB Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

Turut terlibat secara langsung pengurusan bencana: - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

- Panglima Angkatan Tentera

- Ketua Polis Negara

- Ketua Pengarah ICU

- Ketua Pengarah Keselamatan Negara

- Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian - Ketua-Ketua Jabatan


Post a Comment

2 Comments