Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 3 Januari 2022.
Sehubungan dengan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan pada 2:00 petang, 24 Disember 2021 dikemas kini seperti berikut:
1) Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) sehingga 02 Januari 2022 dikeluarkan untuk kawasan-kawasan di Sabah seperti berikut:
i) Tawau (Lahad Datu);
ii) Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan); dan
iii) Kudat.
2) Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuat kuasa bermula 30 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 untuk kawasan- kawasan seperti berikut:
i) Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai);
ii) Terengganu;
iii) Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan & Rompin); dan iv) Johor (Mersing).
Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. Angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah diramal berterusan sehingga 2 Januari 2022.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Kementerian Alam Sekitar dan Air
Masa dikemas kini : 2:00 petang Tarikh: 28 Disember 2021
3 Comments
Lepas peristiwa banjir besar tempoh hari, kita da jadi makin waspada kan..tu la hikmah di sebalik semuanya..
ReplyDeleteBersedia untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir sekali lagi
ReplyDeletesemoga kita semua baik2 saja
ReplyDelete