Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Negara kita digemparkan dengan berita banjir yang berlaku sejak semalam. Antara yang paling terjejas ialah Shah Alam dan Klang, Selangor. Banjir kilat yang mendadak menjadikan 2 daerah ini hampir lumpuh. 


Bagi mengelakkan terkandas ketika banjir, berikut adalah senarai laluan terjejas yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) setakat jam 10 pagi, Ahad 19 Disember 2021.


Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Info Banjir | Senarai Laluan Terjejas Libatkan 9 Negeri

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti berlakunya kejadian banjir kilat di 11 lokasi, banjir (46 lokasi), cerun runtuh (11 lokasi), jalan runtuh (enam lokasi), jalan mendap (satu lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (satu lokasi).


Kawasan terjejas itu melibatkan lapan buah negeri iaitu Melaka (daerah Alor Gajah), Selangor (Kuala Selangor, Petaling, Sepang dan Kuala Langat), N. Sembilan (Seremban dan Rembau), Terengganu (Dungun, Setiu dan Kemaman).


Selain itu di Kelantan (Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Jeli dan Gua Musang), Pahang (Temerloh, Maran, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bentong), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama), Kedah (Baling dan Yan).


Manakala di Kuala Lumpur pula, beberapa lokasi jalan masih ditutup dan dilencongkan akibar banjir dan proses pembersihan jalan sedang giat dijalankan di lokasi berikut ;


  • Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim
  • Jalan Rahmat
  • Jalan Sentul Manis
  • Jalan Pahang Barat
  • Smart Tunnel – Pengguna di nasihatkan menggunakan Jalan Tun Razak untuk ke pusat bandar


Pihak polis turut menasihatkan pengguna-pengguna jalan raya agar mengelakkan daripada menggunakan/ melalui jalan yang terlibat dengan lencongan dan penutupan serta mematuhi arahan anggota polis yang bertugas bagi memastikan keadaan lalu lintas sentiasa lancar dan terkawal.


Untuk maklumat terkini mengenai penutupan jalan boleh layari Facebook JKR melalui pautan ini https://www.facebook.com/jkr.malaysia/


Sumber : JKR & Astro Awani

 


Post a Comment

0 Comments