foodpanda Anjurkan pandamart Sweep Bersama 3 Duta Terbaru Mereka untuk Bersaing dan Menang Sambil Beramal

Sebut sahaja foodpanda pasti anda akan terbayangkan panda dengan background warna merah jambu yang comel! Terkini, bersempena dengan musim perayaan akhir tahun, foodpanda Malaysia sekali lagi berkongsi kegembiraan dengan sumbangan istimewa kepada badan amal pilihan duta jenama mereka.


Semalam, aku berkesempatan untuk sama-sama mendengar perkongsian mengenai kegembiraan foodpanda yang menganjurkan inisiatif murni mereka yang berkongsi dengan mereka yang memerlukan.


foodpanda Anjurkan pandamart Sweep Bersama 3 Duta Terbaru Mereka untuk Bersaing dan Menang Sambil Beramal


 

Mengulas mengenai inisiatif ini, Bernard Chong, Pengarah Pemasaran berkata, usaha ini bukan seperti inisiatif CSR lain yang pernah mereka lakukan sebelum ini. 


Tahun ini, kami ingin melakukan sesuatu yang berbeza, jadi kami memutuskan untuk meminta duta jenama kami bersaing dalam pandamart Sweep kami sendiri dan memenangi bekalan pandamart bernilai RM 10,000 untuk badan amal pilihan mereka.

 

Duta foodpanda terbaru yang dimaksudkan ialah Aishah Sinclair seorang artis, pengacara televisyen dan juruhebah radio, Elizabeth Tan seorang penyanyi, pelakon dan model serta Tanesh Vijayagomaran seorang vlogger dan YouTuber.


Duta jenama ini dipilih dengan teliti oleh pasukan kami untuk melambangkan perpaduan bangsa di Malaysia dan menarik perhatian penonton kami dari semua lapisan masyarakat. Selain itu, kami merasakan mereka mempunyai kesan dan pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat dengan pengikut setia yang akan mencuba dan mengikuti tip-tip dan nasihat serta cadangan yang telah mereka kongsikan di media sosial,


tambah Bernard.

 

foodpanda Anjurkan pandamart Sweep Bersama 3 Duta Terbaru Mereka untuk Bersaing dan Menang Sambil Beramal


Diilhamkan daripada sebuah rancangan hiburan Amerika, Supermarket Sweep, pandamart Sweep menghendaki tiga duta jenama ini untuk mendapatkan barangan yang disenaraikan di cawangan pandamart dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, kelainannya disini ialah, selain daripada merujuk kepada senarai barangan tersebut, mereka perlu mendengar barang-barang itu daripada lagu rap yang dimainkan. Setiap duta jenama ini akan mendengar versi rap yang berbeza dan cuba mendapatkan semua barangan dalam masa 3 minit. Setiap daripada mereka akan bergilir-gilir meneliti lebih 4,500 barangan yang berbeza di pandamart dan mencari 18 barangan daripada lagu rap yang dimainkan itu. Pemenang permainan ini akan membawa pulang hadiah yang akan didermakan kepada badan amal pilihan masing-masing.

 

Badan amal pilihan saya ialah OrphanCare Foundation, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu dalam pembuangan bayi dan pengambilan anak angkat. Faktor pemilihan saya untuk badan amal ini adalah kerana perasaan sedih dan kecewa setiap kali mendengar tentang bayi yang tidak diingini dan tidak dirancang ini. Dengan adanya pertubuhan seperti OrphanCare, bayi-bayi tersebut berpeluang untuk terus hidup dan mencari rumah yang akan menjaga dan memastikan kebajikan mereka dipelihara,


kata selebriti Malaysia, Aishah Sinclair.


foodpanda Anjurkan pandamart Sweep Bersama 3 Duta Terbaru Mereka untuk Bersaing dan Menang Sambil Beramal
Mengambil kesempatan untuk bergambar dengan dut terbaru foodpanda, Aishah Sinclair


Elizabeth Tan pula telah memilih Agape Outreach to the Blind, sebuah badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang cacat penglihatan dan buta. Dia percaya bahawa cinta itu tidak buta dan ingin meningkatkan kesedaran tentang cara membantu mereka yang cacat penglihatan.

 

Di samping itu, YouTuber Malaysia, Tanesh Vijayagomaran memilih Rumah Amal Anbe Sivam, sebuah rumah anak yatim serta kanak-kanak kurang upaya dan berkeperluan khas sebagai badan amal pilihannya. Semasa kecil, setiap hari ibu bapanya akan memandu melewati pusat tersebut dan dia akan melihat kanak-kanak di situ bermain di luar. Sejurus itu, dia terus memutuskan apabila dewasa nanti, dia akan sedaya upaya untuk membantu mereka dalam apa juga cara.

 

Pemenang bagi pandamart Sweep menerima bekalan pandamart sebanyak RM 10,000 yang akan disumbangkan kepada badan amal pilihan masing-masing dan juga akan membawa pulang baucer pandamart yang bernilai RM 1,000. Akan tetapi, duta jenama ini tidak mengetahui bahawa kesemua rumah amal akan menerima hadiah yang sama. Untuk menambah lagi unsur kejutan, ketiga-tiga duta jenama hanya dimaklumkan berkenaan berita ini sebaik sahaja mereka telah selesai dengan cabaran pandamart Sweep tersebut, dimana kesemua wakil dari rumah kebajikan terpilih turut hadir.


Diharapkan dengan inisiatif murni foodpanda ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. 

 

Untuk menonton persaingan antara ketiga-tiga duta jenama ini dan semua yang berlaku semasa cabaran, sila layari ;

Laman Web : www.foodpanda.com

Facebook : foodpandaMalaysia

Instagram : foodpandamy

Post a Comment

0 Comments