Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang terkenal. Dalam sejarah Islam beliau adalah tokoh sejarah dan sosiologi yang terkenal. Karyanya banyak memberi sumbangan dalam memahami peradaban. Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan, 732H (27 Mei 1332M).
Beliau mendapat pendidikan asas daripada bapanya, seorang cendekiawan yang terkenal. Ibn Khaldun adalah seoarang hafiz Al-Quran, dan mahir dalam ilmu nahu, fikah, hadis, retorik, falsafah dan syair. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, antara nasihat Ibnu Khaldun ialah ;
- Kanak-kanak tidak harus diajar dengan perkara-perkara yang susah.
- Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah dengan berperingkat-peringkat, dengan menggunakan latih tubi dan benda-benda maujud sebagai alat bantu mengajar.
- Murid-murid tidak harus dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka kerana hal ini akan menyebabkan mereka tidak mahu belajar, malas belajar dan mencerca pengajaran yang diberi.
Kekerasan itu menjadikan mereka malas dan mendorong mereka berbohong serta kelicikan. Yakni, tindak-tanduk mereka adalah berbeza dengan apa yang difikirkan, sebabnya ialah mereka berasa takut didera sekiranya mereka mengatakan sesuatu yang benar (Ibn Khaldun 1993:776)
Dari segi masa belajar, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa masa belajar tidak harus panjang kerana ini akan menjadikan mereka lupa. Pengajaran dengan menggunakan waktu yang pendek, betul caranya akan mendatangkan hasil yang lebih baik.
Dari segi bahasa, beliau berpendapat bahawa bahasa adalah asas kepada semua pengajaran ilmu. Pengajaran bahasa dimulai dengan menulis dan membaca, kemudian dikaitkan perkataan dengan makna.
Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl
0 Comments