Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Pendidikan Jean Piaget (1896 - 1980)

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Pendidikan Jean Piaget (1896 - 1980)


Piaget merupakan seorang ahli biologi berbangsa Swiss. Beliau mula berminat dengan pemikiran kanak-kanak apabila bekerja dengan ahli psikologi Perancis Alfred Binet yang membina ujian kecerdasan. Latihan yang diperolehnya dalam bidang biologi sangat mempengaruhi ideanya dalam pembelajaran, pemikiran, dan teorinya tentang kecerdasan.


Piaget telah membuat penyelidikan di Institut Jacques Rousseau di Switzerland dan telah membina kaedah klinikal dalam temu bual dan membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Pendidikan Jean Piaget (1896 - 1980)


Sumbangan Piaget lebih fokus kepada perkembangan kognitif. Banyak kajiannya telah diterbitkan pada tahun 1920 dan 1930. Tetapi sehingga pada tahun 1960-an barulah hasil karyanya diterjemahkan dan diterbitkan di Amerika Syarikat dan dapat pengaruh yang luas kerana pada masa itu Amerika sedang mencari cara-cara untuk meningkatkan kebolehan intelektual pelajar-pelajar miskin. Piaget berpendapat bahawa bayi dan kanak-kanak adalah pembelajar yang aktif.


Piaget dikenali dan diakui kerana sumbangannya dalam perkembangan intelek. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada 4 tahap iaitu ;


  • Moto Deria
  • Praoperasi
  • Operasi Konkrit
  • Operasi Formal

Mengikut Piaget pengetahuan dibina melalui proses organisasi yang disebut asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Hasil kerja Piaget selalu dikaitkan dengan konstruktivis kerana Piaget percaya bahawa kanak-kanak membina pengetahuannya sendiri. 


Dari aspek kurikulum dan program untuk awal kanak-kanak, Piaget mencadangkan supaya mereka diberi kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji, dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang berpandu.

Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl



Post a Comment

0 Comments