Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Pendidikan John Dewey (1859-1952)

Teori Dewey tentang persekolahan dikenali sebagai progressif, yang menekankan kanak-kanak dan minat mereka lebih daripada mata pelajaran. Daripada teori inilah lahir istilah kurikulum berteraskan kanak-kanak dan sekolah yang berpusatkan kanak-kanak child centered curriculum dan child centered school.


Falsafah progressif juga menekankan persediaan kanak-kanak untuk menghadapi realiti hari ini lebih daripada persediaan mereka untuk masa hadapan yang kabur. Dewey pernah menyebut  bahawa pendidikan  adalah satu proses kehidupan, bukannya persediaan untuk kehidupan akan datang. Berdasarkan idea Dewey, kanak-kanak di dalam bilik  darjah terlibat dengan aktiviti fizikal, menggunakan bahan-bahan, mengembangkan intelektual dan mewujudkan interaksi sosial. Aktiviti fizikal termasuklah ;


  • Berlari
  • Melompat
  • Menggunakan bahan-bahan

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Pendidikan John Dewey (1859-1952)


Kanak-kanak juga belajar menggunakan alat dan bahan untuk membina sesuatu. Dalam hal ini beliau mencadangkan aktiviti harian kanak-kanak seperti memasak dan bertukang. 


Untuk menggalakkan perkembangan intelektual kanak-kanak, mereka perlu didedahkan dengan aktiviti seperti menyelesaikan masalah, meneroka benda-benda baru, dan mencari jawapan tentang bagaimana sesuatu perkara boleh terjadi. Selain itu kanak-kanak juga perlu dilatih untuk berinteraksi dengan orang lain dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Untuk mengalakkan perkembangan mental dan emosi, Dewey menghendaki supaya kanak-kanak belajar di dalam kelas secara informal.


Dewey juga menggalakkan pengajaran secara menyepadukan isi pelbagai mata pelajaran dengan menggunakan kaedah tematik, di samping menggalakkan penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Di antara pendapatnya ialah tugas falsafah bukan untuk mengetahui dunia ini tetapi bagaimana mengawal dan memajukannya. Fungsi utama falsafah ialah untuk mencari segala perubahan yang berkaitan dengan pengalaman manusia.


Dewey berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan, dan bukan semata-mata persediaan untuk hidup. Pendidikan adalah suatu proses sosial yang menyampaikan segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran, dan kenyataan kepada masyarakat muda (kanak-kanak). Sekolah Dewey menggalakkan pengajaran praktikal dan kemahiran seperti pertukangan tangan, masakan dan sebagainya.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Pendidikan John Dewey (1859-1952)


Beliau juga dianggap sebagai pelopor kaedah projek. Kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Melalui kaedah ini kanak-kanak dapat berusah untuk mencapai kejayaan. Dalam menyampaikan pengajaran, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil kemudian seorang demi seorang. 


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Pendidikan John Dewey (1859-1952)


Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan yang sebenar adalah suatu proses yang aktif berdasarkan keadaan semula jadi kanak-kanak. Dewey turut menggalakkan kanak-kanak belajar dengan membuat learning by doing kerana kanak-kanak secara semula jadi adalah aktif. Belajar dengan membuat menjadikan kanak-kanak lebih bersedia dan lebih seronok .

Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl


Post a Comment

0 Comments