PD London Bus Retro Village

Untuk entry kali ini aku ingin kongsikan tentang satu tempat penginapan yang unik iaitu PD London Bus Retro Village. 


Jujur, sebelum aku menjejakkan kaki di PD London Bus Retro Village ni aku ingatkan yang bas-bas yang terdapat di sini hanyalah untuk pameran semata-mata. Ternyata sangkaan aku itu meleset kerana sebenarnya PD London Bus Retro Village ini adalah sebuah tempat penginapan.


PD London Bus Retro Village


Buat pengetahuan PD London Bus Retro Village ni ialah lodges yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Terdapat 3 jenis lodges di sini iaitu ;

  • 11 units of Kampung (Village) style lodges
  • 2 units of Authentic Double Decker lodges

  • 8 units of Comfortable Container lodges

Untuk penginapan di dalam bas, terdapat 2 unit Authentic Double Decker lodges iaitu ;

1. Double Decker A

  • Mampu memuatkan 7-8 orang
  • 2 Air-cond
  • 1 Bilik air
  • WiFi

2. Double Decker B

  • Mampu memuatkan 8-9 orang
  • 2 Air-cond
  • 1 Bilik air
  • WiFi


Bagi bas yang dalam gambar ni, ya untuk penginapan. Maksudnya anda boleh tidur selesa di dalam bas ini. 


PD London Bus Retro Village
klik gambar untuk video penuh

PD London Bus Retro Village
klik gambar untuk video penuh


Lengkap dengan dapur dan tandas. Di tingkat 1 terdapat ruang bersantai dan sebuah katil double bed. Manakala di tingkat 2 tersedia 5 buah katil single bed. Jika anda inginkan percutian ala-ala backpackers dan bukan percutian mewah, PD London Bus Retro Village adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Harga adalah seperti berikut ;

Double Decker A

 

Double Decker B

Ahad-Khamis

 

RM300

Ahad-Khamis

RM300

Jumaat-Sabtu

 

RM350

Jumaat-Sabtu

RM350

Public Holiday

 

RM400

Public Holiday

RM400



Untuk penginapan jenis lain yang ada di sini ialah ;

1. Atap Loft A

  • Penginapan 2 orang
  • Air Cond
  • Access to shared bathroom
  • WiFi

2. Atap Loft B

  • Penginapan 2 orang
  • Kipas SAHAJA
  • Access to shared bathroom
  • WiFi

PD London Bus Retro Village

Atap Loft A

 

Atap Loft B

Ahad-Khamis

 

RM100

Ahad-Khamis

RM80

Jumaat-Sabtu

 

RM120

Jumaat-Sabtu

RM100

Public Holiday

 

RM140

Public Holiday

RM120



3. Cotaks Cotaks (L)

  • Penginapan 4-6 orang
  • Air Cond
  • Access to shared bathroom
  • WiFi

4. Cotaks Cotaks (S)

  • Penginapan 2 orang
  • Air Cond
  • Access to shared bathroom
  • WiFi

PD London Bus Retro Village


Cotaks Cotaks (L)

 

Cotaks Cotaks (S)

Ahad-Khamis

 

RM260

Ahad-Khamis

RM160

Jumaat-Sabtu

 

RM280

Jumaat-Sabtu

RM180

Public Holiday

 

RM320

Public Holiday

RM200




Buat pengetahuan, sebuah bilik mandi terbuka telah disediakan oleh pihak PD London Bus Retro Village. Ini bermaksud bilik mandi adalah jenis perkongsian. Jadi, bagi mereka yang sejenis sukakan penginapan mewah dan tidak berkongsi bilik air, PD London Bus Retro Village tidak sesuai buat anda. Tetapi jika anda sejenis yang sukakan adventure atau  selalu travel dengan konsep backpackers, tempat ini adalah syurga buat anda.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai PD London Bus Retro Village ;

Call/Whatsapp : +6017-3372832
Instagram : pdlondonbus
Facebook : pdlondonbus



Post a Comment

4 Comments

  1. Nak tengok gambar bilik air PD London Bus tu sis, boleh?

    ReplyDelete
  2. sangat rare dan ada keunikan tersendiri

    ReplyDelete
  3. alamak bilik air kongsi. by the way thanks share, menarik! anak dah besar nanti boleh cuba

    ReplyDelete